2 Beradik Viral “Tarik Rambut” Ketika Sambutan Hari Jadi Kini Teruja Dapat Tiup 500 Batang Lilin

Beberapa hari lalu, tular di media sosial apabila gelagat dua beradik dari Brazil dilihat bergaduh ketika menyambut majlis ulang tahun kelahiran kerana berebut untuk meniup lilin pada kek.

Menerusi video viral itu, jelas kelihatan sifat “dengki” kakak yang dikenali sebagai Maria Antonia kerana telah meniup lilin di kek ketika hari jadi adiknya, Angered.

Lantas, seakan tidak dapat menahan sabar, Angeres yang tidak berpuas hati bertindak menarik rambut kakaknya.

Rentetan itu, mereka telah dijemput ke sebuah program televisyen untuk ditemu bual.

Advertisement

Bagaimanapun, program tersebut diakhiri dengan momen gembira apabila pihak produksi tampil menyediakan 500 batang lilin pada kek untuk ditiup oleh dua beradik berkenaan.

Untuk rekod, ibu mereka iaitu Aureluk mendedahkan kedua-dua anaknya itu sebenarnya sangat rapat dan saling menyayangi.

Berikutan pergaduhan yang tular di laman sosial tersebut, Aureluk menegaskan ia merupakan perkara biasa kerana mereka berdua kini masih kecil dan belum matang untuk berfikir.

Sumber: Domingo Legal, Gempak

Comments

comments