(2 GAMBAR)Tikus Gergasi ‘Jajah’ Dapur Di Rumah Keluarga Sweden

Satu keluarga Sweden terkejut besar apabila mendapati ‘tikus dapur’ yang membuatkan kucing mereka lari berpusing-pusing sebenarnya ialah tikus gergasi.

Keluarga Bengtsson-Korsås mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila kucing milik mereka enggan masuk ke dapur di flat mereka di Solna, barat laut Stockholm.


 photo article-2589961-1C95298B00000578-920_634x542.jpg

Tikus itu berukuran 15 inci, dan tanpa ekornya, ia telah menceroboh masuk ke flat keluarga tersebut dengan mengunyah menembusi satu panel kayu dan konkrit.

Keluarga itu hanya menyedari kehadiran tikus itu sewaktu mahu membuang sampah. Signe Bengtsson-Korsås memberitahu Aftonbladet:-

Advertisement

Saya sangat takut. Ia sangat besar sehingga saya tidak nampak apa ia sebenarnya dan saya terus melompat ke atas meja dapur.

Tikus itu nampaknya selesa tinggal di belakang mesin pembasuh pinggan dan juga turut mengunyah menembusi batang paip dan menyebabkan kebocoran.

Walaupun Mrs Bengtsson-Korsås dan dua anaknya cuba menakutkan tikus itu, ‘tikus Viking’ itu tidak takut dan ada suatu tahap menjadi lebih berani untuk keluar ke lantai dapur.


 photo article-2589961-1C95299D00000578-511_306x688.jpg

Keluarga tersebut mengupah penghapus tikus untuk menangkap tikus tersebut dan memasang beberapa jerat, dan tak sampai sehari selepas itu tikus itu terperangkap.

Bagaimanapun apabila diperiksa, perangkap itu telah hilang. Tikus itu cukup kuat di mana ia telah membawa perangkap tersebut dengannya, terlekat di tengkuknya. Menurut Mr Bengtsson-Korsås:-

Ia tidak mati apabila terperangkap, sebaliknya melarikan diri. Ia menyorok di bawah sebuah peti, di mana ia tersekat dan tercekik hingga mati.

Ia adalah tikus paling besar pernah saya lihat, dan nampaknya ia tikus yang sihat kerana bulunya cantik.

Laporan asal: Dailymail UK

Comments