2 Kali Ujian Negatif, Azmin Ali Bebas COVID-19

SHAH ALAM 16/05/2018, Selangor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali to announce the portfolios of state executive councillors with Exco Selangor at SUK Selangor. Picture by - Zuraneeza Zulkifli

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan dirinya kini bebas virus COVID-19 setelah menjalani dua kali ujian saringan.

Menerusi hantaran tweet di laman Twitter miliknya, Ahli Parlimen Gombak tampil mengumumkan berita baik kepada rakyat Malaysia.

“Saya telah menjalani dua ujian COVID-19. Alhamdulillah, keputusan kedua-dua ujian adalah negatif. Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sehingga ujian COVID-19 yang ketiga dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya,”

Seaik itu, beliau juga turut menzahirkan uacapan terima kasih buat orang ramai yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan mendoakan kesihatannya. 

Advertisement

Malah, tidak ketinggalan berkongsi sekeping foto sedang bertugas sambil menjalani proses kuarantin di rumah. 

Terdahulu, tular di laman sosial apabila spekulasi tentang kesihatan Azmin yang didakwa positif COVID-19 timbul selepas beliau pulang dari berkempen di Pilihanraya Negeri Sabah hujung September lalu. 

Sehingga kini, ciapan tersebut dikatakan telah menerima lebih 200 tanda suka daripada pengguna laman berkenaan.

Comments

comments