21 Individu Ditahan Berjudi Dalam Sebuah Rumah Dengan Wang Taruhan RM32,213

Sekarang kita masih dalam suasana sambutan Tahun Baru Cina, tapi ini bukan bermaksud sudah dibenarkan untuk berkumpul apatah lagi berjudi.

Terbaru, pihak polis berjaya menyerbu sebuah rumah yang dijadikan tempat berkumpul dan berjudi. Hasil serbuah mendapati seramai 21 individu berada di dalam rumah termasuk dua beranak.

Serbuan jam 1 pagi itu turut berjaya merampas wang tunai berjumlah RM32,213. Banyak betul taruhan diorang ni ye?

Hasil siasatan juga mendapati rumah ini dimilikan dua beranak terbabit di mana ibunya telah membenarkan anaknya untuk berkumpul dengan kawan-kawan dan berjudi.

Advertisement

“Semua yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki dan lima wanita warga tempatan berusia antara 21 hingga 41 tahun yang asyik bermain judi di ruang tamu rumah berkenaan hingga mengabaikan prosedur operasi standard (SOP)”.

“Siasatan mendapati rumah itu adalah milik seorang wanita berusia 49 tahun yang mana penganjur aktiviti itu adalah anak lelakinya berusia 23 tahun yang memanggil rakan-rakannya berjudi memandangkan masih dalam suasana Tahun Baharu Cina”. – Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad kepada Harian Metro.

Semua yang ditahan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana melanggar SOP dan siasatan lanjut juga akan dilakukan. Walaupun mereka dibenarkan berjudi, ini bukanlah waktunya.

Sumber

Comments