25 Ekor Kerbau “Mowgli Malaysia” Mati Dipercayai Kerana Wabak

Syukor Khamis atau turut dikenali dengan nama gelaran “Mowgli Malaysia” kerana gambarnya bersama kerbau peliharaan menjadi viral tahun lalu telah pun berkongsi satu berita yang cukup menyayat hati. 25 ekor kerbau yang dijaga olehnya telah pun mati, dipercayai kerana wabak.

Gambar-gambar yang dikongsikan oleh adik Syukor memang cukup menyayat hati. Iyerlah, kerbau-kerbau ini seumpama rakan sepermainan baginya. Semoga adik Syukor akan kekal tabah.

Advertisement

syukur khamis

syukur khamis

syukur khamis

Berita sedih yang dikongsikan oleh Syukor itu mula tular di media sosial sejak pagi ini dan ramai yang mula mengucapkan takziah kepadanya. Salah seorang daripadanya ialah Menteri Agama/bekas mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang turut berduka atas berita ini:-

Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan menemui ajalnya. Kadangkala ujian datang apabila kita tidak menduga. Semoga adik Syukor sekeluarga diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian ini.

Apa pun, diharap pihak yang berkaitan akan datang memeriksa keadaan sekitar tempat kejadian untuk mengelakkan lebih banyak haiwan mati begitu sahaja. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Comments

comments