25 Kombinasi Warna Terbaik Tahun 2020 Untuk Rumah Anda

Gambar Hiasan

Pilihan warna yang tepat sangat penting dalam mendekorasikan rumah. Kali ini, kami berminat untuk berkongsi kepada anda tentang kombinasi warna yang lebih berani untuk dijadikan inspirasi kepada anda diluar sana. Tetapi perlu diingatkan, kombinasi yang akan dikongsikan ini adalah khas untuk anda yang berani sahaja.

Adakah anda cukup berani?

1.Tangerine + Olive

Gambar contohRuang dapur yang dihiasi warna Olive di dinding beserta corak jingga yang cerah, adalah kombinasi yang tidak kedengaran akan berfungsi dengan baik, tetapi ruang makan yang direka oleh Chenault James untuk House Whole Home Beautiful di Nashville-adalah bukti bahawa ianya berhasil.

2. Sapphire + Mustard

Gambar contoh

Ini adalah contoh yang menarik bagi kombinasi ini. Ruang di rumah ini direka khas oleh Corey Damen Jenkins.

Advertisement

3.Aqua + Raspberry

Gambar contohSesuai untuk pencinta warna pink! kombinasi ini membuatkan bilik tidur anda kelihatan ‘wow’. Tidak percaya cuba penuhkan warna merah jambu dan biru di setiap sudut bilik tidur seperti gambar di atas.

4. Pistachio + Periwinkle

Gambar contohKombinasi ini sesuai digunakan pada ruang yang cerah. Gabungan dua warna pada corak perabot, berjaya menjadikan ruang tamu anda nampak lebih ‘manis’.

5. Royal Blue + Orchid

Gambar contohTidak sepadan? Dapur ini membuktikan bahawa kombinasi warna orchid dan Royal blue boleh membuatkan dapur anda nampak lebih canggih walaupun dihiasi dengan perabot berunsurkan rotan.

6. Blush + Mahogany

Gambar contohMenggunakan dinding merah jambu pucat sebagai latar belakang dan hiasi pula dengan perabot kayu antik di rumah. Ianya kombinasi yang cukup cantik!

7. Mint + Pale Grey

Gambar contohUntuk memperlihatkan dapur sedia ada kelihatan segar, kombinasi warna hijau pudina dan pale grey sangat sesuai. Ditambah pula dengan perabot diperbuat daripada rotan. Kombinasi yang hebat!

8. Iris + Crimson

Gambar HiasanRasa berani? Dengan siling ungu dan dinding merah juga sesuai di gabungkan.

9. Fuchsia + Robin’s Egg Blue

Gambar contohIni adalah contoh untuk kombinasi ini. Ruangan ini telah direka khas oleh pereka Kristen McCory dengan menggunakan beberapa cat merah jambu tepu yang diilhamkan oleh gincu neneknya untuk menjadikan  sebuah lorong rumah di tingkat atas nampak lebih menawan.

10. Kuning + Putih

Gambar Hiasan

Sesuai untuk pencinta warna kuning! Kertas dinding berwarna kuning dan putih dapat memperlihatkan ruang makan anda nampak bertenaga dan pasti memberikan permulaan yang cerah sewaktu anda bersarapan di waktu pagi.

11. Teal + Brick

Gambar contohKombinasi ini dipercayai dapat menyeimbangkan kekuatan seni bina!

12. Electric Blue + Aquamarine

Gambar contohGabungan warna ini mewujudkan dimensi sudut warna yang kontra antara satu sama lain.

13. Peach + Black

Gambar HiasanPeach adalah warna yang menjadi trend terkini. Ianya sesuai digabungkan dengan semua warna. Sekiranya anda mahu memberikan pandangan yang lebih formal, cuba kenakan ia dengan warna hitam, seperti yang dilihat pada ruang tamu New York City ini yang direka oleh Jamie Drake ini.

14. Charcoal + Burnt Orange

Gambar HiasanIni adalah kombinasi yang paling hebat. Kombinasi ini sangat sesuai digunakan di dalam bilik tidur atau bilik tetamu di mana dapat membina ruang ‘unisex’.

15. Teal + Copper

Gambar HiasanKombinasi mozek dan warna pada siling berjaya memberi pantulan suasana yang tenang di ruang dapur.

16. Lemon + Candy Apple

Gambar HiasanKerusi makan yang diperbuat daripada buluh dan dicatkan dengan warna ‘Candy Apple’ kelihatan lebih menyerlah dengan warna latar belakang yang seakan ‘Lemon’.

17. Amethyst + scarlet

Gambar HiasanPercaya atau tidak, warna merah dan ungu dapat membuatkan bilik anda kelihatan lebih ‘elegant’.

18. Royal Purple + Seafoam

Gambar Hiasan‘Royal Blue’ jarang digunakan dalam sesuatu dekorasi. Tetapi ianya adalah satu warna yang cantik digunakan di sesuatu ruang.

19. Ruby + Ink

Gambar HiasanKombinasi ini sangat menarik bukan? Warna merah (Ruby) berjaya membuatkan ruang tidur kelihatan lebih menonjol.

20. Lime + Pearl Pink

Gambar HiasanAnda suka ruang rumah anda kelihatan anggun? Kombinasi ini adalah yang paling sesuai untuk anda. Gunakan kombinasi ini, dan tambahkan sesuatu yang berkilau seperti lilin dan sebagainya.

21. Kelly Green + Pumpkin

Gambar HiasanSesuai untuk anda yang sukakan dengan sesuatu yang comel. Kombinasi ini sangat sesuai untuk dekorasi bilik kanak-kanak.

22. Hijau Pucat + Ungu

Gambar HiasanSiapa yang suka selimut dan bantal bewarna-warni? Cuba kombinasi ini, warnakan dinding bilik anda dengan warna hijau pucat dan jangan lupa gabungkan sedikit warna ungu pada perabot, ia pasti membuatkan bilik anda kelihatan segar.

23. Green Tea + Dusty Brown

Gambar HiasanKombinasi ini sesuai untuk membawa anda ke alam semula jadi dan membuatkan ruang rumah anda kelihatan luas.

24. Spring Green + Bubblegum

Gambar HiasanCatkan warnakan bubblegum di atas siling dan penuhkan perabot di dalam bilik dengan warna spring green dan bubblegum. Dengan kombinasi warna ini ia dapat menjadikan bilik kelihatan lebih tinggi dan lebih besar.

25. Emerald + Scarlet

Gambar HiasanAnda suka sesuatu yang lebih cerah? Kombinasi ini sangat sesuai. Tambahkan sedikit sahaja hiasan berwarna gelap di dalam bilik tidur anda dan gabungkan dengan tirai berwarna putih lutsinar. Cahaya luar akan membantu membuat bilik anda nampak lebih cerah.

Jom kita cuba!

Sumber

Comments

comments