(3 GAMBAR)Pasangan Ditemukan Semula Di Ambang Kematian: Setia Hujung Nyawa

Floreen dan Ed Hale merupakan pasangan yang sukar dipisahkan dan telah berkahwin selama 60 tahun. Selama enam dekad, mereka hidup bahagia bersama. Cinta mereka sangat kukuh, sehingga keduanya di ambang kematian, tetap tidak mahu berpisah.

Kira-kira sebulan yang lepas, Ed telah dimasukkan ke hospital kerana kegagalan buah pinggang. Tidak lama selepas itu, Floreen pula dimasukkan ke hospital berasingan kerana kegagalan hati.

dying-couple2

Pasangan ini semakin lemah kerana usia yang semakin tua. Badan Ed yang lemah menyebabkan pihak hospital berusaha menyatukan pasangan ini memandangkan keduanya berada di ambang kematian.

Advertisement

dying-couple3

Usaha pihak hospital di Batavia, Chicago, berjaya menemukan mereka semula. Floreen yang berusia 82 tahun, meninggal dunia dalam keadaan Ed masih memegang tangannya, dan beberapa jam selepas itu, Ed, 83, juga mengikut ke mana saja Floreen telah pergi, jantungnya berhenti berdegup pada 13 Februari lepas.

dying-couple

Kisah mereka berdua memberi inspirasi kepada ramai pasangan seluruh dunia tentang cinta sejati, dan cinta hingga hujung nyawa.

Jelasnya, cinta seperti itu memang wujud.

Laporan asal: Lake Country Media

Comments