(4 GAMBAR)Wajah Terkini Nur Syafiqa Lah, Mangsa Torehan Perompak Di Kelantan

Nur Syafiqa Lah, 22, ialah mangsa yang ditoreh di wajah oleh seorang penjenayah ketika kejadian ceroboh di rumahnya pada 30 November. Berikut ialah wajah terbaru Nur Syafiqa setelah keluar dari Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan.

10303960_1513480795569824_8006893786584995507_n10846240_1513418702242700_4205103834190530703_n10153673_1513344488916788_3760473515531147573_n

Menurut laporan Harian Metro, wajah Syafiqa boleh dirawat menerusi pembedahan rekonstruktif, kata Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr Mafauzy Mohamed.

Beliau berkata, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) mempunyai teknologi dan tenaga pakar yang mencukupi untuk melakukan pembedahan itu termasuk pakar pembedahan plastik.

Advertisement

Apa kerosakan pada anggota badan sama ada akibat kemalangan atau lain-lain boleh dirawat di HUSM kerana kepakaran yang kita miliki termasuklah kes yang menimpa mangsa ini.

Bagaimanapun, kita masih perlu berbincang dengan kumpulan pakar untuk memastikan tahap kecederaan pada mukanya sebelum prosedur lanjut dapat diambil.

Biasanya bagi kes kerosakan wajah, kami hanya memerlukan pembedahan rekonstruktif yang mengambil masa antara dua hingga tiga jam dengan kos ditawarkan paling minimum.

Apa pun diharap Syafiqa bersabar dengan apa yang telah berlaku. Kerosakan pada wajahnya boleh diperbaiki, cuma mengambil sedikit masa. Mari sama-sama kita doakan penjenayah yang berbuat begitu akan ditengkap dan dibicarakan segera. Amin.

Comments