3 Jenis Ubat Di Malaysia Beri Kesan Positif Kepada Rawatan Pesakit COVID-19

ujian saringan COVID-19

Ubat yang digunakan untuk merawat pesakit positif COVID-19 di negara ini menunjukkan kesan yang baik terhadap proses penyembuhan. Chloroquine, Hydroxychloroquine dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir diberikan kepada pesakit sejak wabak ini mula dikesan di Malaysia.

Kesemua ubat ini bersifat anti radang di mana diberikan kepada pesakit yang menghidap malaria. Seperti yang semua sedia maklum, virus COVID-19 menyerang saluran pernafasan bahagian bawah hingga mengakibatkan radang. Virus yang berada dalam badan pesakit akan melekat di saluran pernafasan dan juga akan mereplikasi secara pantas.

Penggunaan ubat ini mampu menghalang berlakunya radang bahagian pernafasan. 

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah lama menggunakan ubat ini dalam merawat pesakit COVID-19 kerana Malaysia juga terlibat dengan penyelidikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan beberapa negara lain.

Pada gelombang pertama Covid-19, ubat ini digunakan dan memberi kesan yang baik namun penyelidikan yang mendalam juga harus dijalankan. Ini berkaitan dengan jumlah kematian yang semakin meningkat dan melihat kepada keadaan pesakit yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang. Tidak termasuk juga pesakit yang lewat untuk menerima rawatan masalah pernafasan dan jangkitan kuman.

Advertisement

100,000 kit ujian COVID-19 yang di import dari China tidak digunakan sebagai kit ujian pantas tetapi untuk ujian di makmal. Pihak KKM masih belum memaklumkan makmal yang akan digunakan untuk ujian tersebut.

Selain itu, KKM juga telah menerima bekalan bahan uji COVID-19 untuk semua hospital menjalankan ujian secara kapasiti penuh. Outsourcing yang dilakukan KKM membabitkan juga tujuh makmal.

Sumber 

 

Comments

comments