’30 Hari 30 Resepi By Khairul Aming’ Bakal Kembali Sepanjang Ramadan Tahun Ini!

Khairul Aming

Setiap kali menjelang Ramadan, menu dan masakan pemuda berbakat ini sering kali mendapat sambutan hangat. Bukan itu sahaja, keunikan yang diberi dalam setiap video membuatkan ramai yang tertunggu-tunggu kemunculannya.

Besar sungguh aura yang dibawa Influencer terkenal, Khairul Aming ini kan. Sebut sahaja nama beliau, pasti ramai yang tahu dengan kehebatannya ‘berperang’ di dapur!

Khairul Aming, sumber : iluminati

Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang bakal menjelang nanti, katanya video 30 Hari 30 Resepi pun akan kembali. Wah tak sabar.

Perkongsian pendek teaser itu turut dikongsi Khairul Aming sendiri di lama Twitternya yang memaparkan permulaan beliau dari tahun 2018.

Advertisement

Keunikan yang diselit dalam setiap video menjadi pencukup rasa hinggalah berjaya sampai ke tahap ini. Mana tidaknya, siap berpantun lagi..

“Pergi ke hutan membawa tongkat, tongkat patah digigit buaya, pejam celik puasa dah nak dekat..tapi tahun ni, nak masak apa ya?”

“30 Hari 30 Resepi bakal kembali! Selamat datang ke tahun ke-4”

Khairul Aming

Khabarnya, kali ini akan ada something bigger? Tak sabarnya! Hasil sambutan luar biasa ini, posting tersebut telah pun meraih 26.2 k Retweet dalam tempoh kurang 24 jam. Luar biasa hebat, sama-sama kita nantikan ya.

SUMBER

 

Comments

comments