300 Individu Berkumpul Sempena Sambutan Hari Wanita

Sumber: Malaysiakini

Sempena Hari Wanita Antarabangsa seramai 300 individu telah berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo dan di Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur semalam. Perhimpunan itu telah membangkitkan tujuh tuntutan termasuk desakan menghentikan semua jenis keganasan berdasarkan jantina dan orientasi seksual telah diadakan.

Perhimpunan tersebut telah diadakan bermula dengan orang ramai berkumpul di hadapan pusat membeli-belah tersebut. Perarakan dilakukan dari Sogo ke Dataran Merdeka sambil mengangkat sepanduk diiringi dengan ucapan yang diberikan oleh beberapa orang termasuk Orang Asli.

“Hancur patriarki”, “Hentikan keganasan dan intimidasi”, “Kami mahu kebebasan”, “Kami mahu kesamarataan”, “Haramkan perkahwinan bawah umur”, dan “Politikus pergi mampus”.

Advertisement

Penganjur perhimpunan Juana Jaafa berkata, perhimpunan ini bertujuan untuk mendesak pihak berkaitan mengharamkan perkahwinan bawah umur, jaminan hak, dan kebebasan untuk membuat pilihan ke atas tubuh badan serta kehidupan sendiri. Mereka juga mahu membuat tuntutan gaji sama rata bagi semua pekerja, gubal akta kesaksamaan gender dan mengisytiharkan krisis iklim serta merangka rancangan nasional bagi menangani krisis itu.

Mereka juga mendakwa bahawa kerajaan sebelum ini gagal menyediakan alternatif kepada rakyat, terutamanya wanita, untuk membebaskan diri daripada penderitaan.

Pihak penganjur telah memberi notis yang mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012 tetapi surat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpu tidak disertakan. Tetapi pihak polis tetap mengambil langkah secukupnya bagi memastikannya perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar tanpa perkara yang tidak diingini.

Sumber

Comments