300 Lagi Kakitangan Media Prima Dihentikan Perkhidmatan

Media Prima Bhd (Media Prima) mengumumkan terpaksa memberhentikan 300 orang kakitangannya berkuatkuasa 31 Julai ini. Dilaporkan kesemua petugas yang diberhentikan itu telah menerima notis semalam.

Mac lalu Media Prima memberhentikan 543 kakitangan dari kumpulan New Straits Times Press.

Dalam kenyataannya Media Prima berkata, pemberhentian itu terpaksa dilakukan segai sebahagian daripada inisiatif untuk mengatasi ketidakcekapan kos akibat pertindihan tugas.

“Sebelum ini, Media Prima mengumumkan bahawa ia akan melaksanakan fasa transformasi perniagaan yang seterusnya. Perubahan yang mengganggu dalam sektor media dan keadaan ekonomi makro yang mencabar, dijejaskan lagi oleh faktor pemboleh ubah yang tidak diketahui akibat pandemik COVID-19.”

Advertisement

Keputusan ini dibuat selepas perbincangan antara pihak pengurusan dan wakil daripada lima kesatuan sekerja dilakukan.

Kenyataan itu turut menyebut, bahawa semua pihak memahami keperluan transformasi perniagaan dan bersetuju dengan mekanisme pampasan yang adil kepada kakitangan terjejas.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments