(2 GAMBAR)Foto Selfie Ibu OKU Terabai Secara Tragis Di Negeri Sembilan Tersebar

2469

Gambar ibu kepada anak OKU berusia 15 tahun yang ditemui dalam keadaan menyayat hati dalam satu operasi menbanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) pada awal 2 pagi 21 Jun 2014 di rumah pangsa di Taman Semarak Nilai kini mula tersebar.

1780686_523377124443628_1996824089_n

Wanita itu yang menggunakan nama Imashima Lola di Facebook juga turut meletakkan dua gambar lama anak OKU itu, Mohd Firdaus Abdullah di akaun Facebook miliknya.

1385302_558960274218646_2863452233725447305_n
Sementara itu menurut laporan Harian Metro, ibu yang kini seorang isteri kedua itu mendakwa hidup susah dan tidak mampu menjaga anaknya.

Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.

Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang.

Malah Lola, 40, kini mahu menyerahkan anaknya kepada JKM untuk dijaga.

Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,

Penemuan itu mengejutkan ramai pihak yang menganggap Lola seorang yang zalim dan mereka turut menyeru agar Lola dikenakan tindakan.

Penemuan itu juga turut mendapat perhatian portal berita antarabangsa.

Comments

comments