(4 GAMBAR)Menara Bandar Suria Bakal Dibina Di Brazil Sempena Olimpik 2016

151

Dengan penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Rio De Janeiro, beberapa struktur baru akan didirikan di ruang Bandar Rio. Salah satu dari pelbagai projek yang mendapat tumpuan ialah Menara Bandar Suria, sebuah air terjun replika yang dibina untuk menghasilkan bekalan tenaga yang bersih dan senang diperbaharui.

Direka oleh firma Sweden, RAAFA. Menara Bandar Suria ini telah memenangi pertandingan senireka untuk Sukan Olimpik 2016. Diilhamkan dari siri air terjun Olafur Eliasson, menara ini akan dibina di Cotunduba, salah sebuah pulau di Teluk Guanabara.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


Struktur yang tegak akan digunakan sebagai menara pemerhati, dan ia akan ‘menangkap’ dan membahagikan kuasa suria ke perkampungan Olimpik dan Bandar Rio. Struktur setinggi 345 kaki ini mempunyai panel suria di bahagian dasar, yang digunakan untuk menyimpan tenaga di waktu siang dan ianya dikeluarkan melalui turbin untuk digunakan di waktu malam.

Untuk waktu-waktu istimewa, turbin ini akan mengepam air laut ke dalam menara dan kemudiannya menembaknya semula ke laut, menghasilkan kesan air terjun di tengah laut.
Di samping itu, menara ini juga akan dilengkapi amfiteater, kedai, dan kedai kopi. Lif boleh membawa pengunjung untuk melihat pemandangan 360 darjah Bandar Rio De Janeiro. Terdapat juga platform untuk peminat sukan lasak seperti terjun Bungee.

Comments

comments