4 Jenis Minyak Yang Sesuai Lebatkan Bulu Kening Dengan Cepat

bulu kening yang lebat

Bulu kening yang tebal, cantik dan terbentuk sering menjadi dambaan setiap wanita kerana ianya dapat meningkatkan keyakinan dan penampilan mereka di khalayak ramai.

Kebiasaannya, mereka akan mengukir kening menggunakan pensel, menyapu pomade di kening atau sulam bedak.

Namun, tahukah anda? Anda boleh mendapat bulu kening yang tebal dan lebat dengan hanya menggunakan bahan alami.

1. Minyak lavender

Advertisement

minyak lavender

Minyak lavender boleh disapu di bulu kening untuk menguatkan akar bulu supaya ia kekal sihat dan lebat.

2. Tea Tree Oil

Ia diyakini dapat merangsang pertumbuhan dan ketebalan bulu kening yang meningkatkan kesihatan sel dan folikel. Sapukan titisan tea tree oil pada bulu kening di malam hari sebelum tidur dan biarkan semalaman.

tea tree oil

3. Minyak kelapa

Minyak kelapa sangat kaya dengan protein dan nutrisi yang baik seperti vitamin E dan zat besi yang boleh melebatkan bulu kening.

minyak kelapa

Ia sangat popular dan biasa diguna dalam masakan dan juga diguna pakai untuk kecantikan khususnya melebatkan bulu kening.

4. Minyak zaitun

Bukan sahaja terkenal untuk kesihatan, minyak zaitun juga membantu pertumbuhan rambut kerana ia mengandungi vitamin A dan E. Vitamin E menutrisi setiap helaian rambut manakala vitamin A dapat merangsang penghasilan sebum yang membantu pertumbuhan rambut dari akar.

minyak zaitun

Sapukan minyak zaitun pada bulu kening dan biarkan ia seketika untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

SUMBER

 

Comments

comments