4 Warga Malaysia Tersenarai Billionaire Forbes, Jeff Bezos Kekal Orang Terkaya Di Dunia

jutawan

Adik beradik Tan dari MR DIY (M) Bhd, Tan Sri G Gnanalingam dari Wetsports Holdings Bhd dan pengasas bersama serta Ketua Pegawai Eksekutif Greatech Technology Bhd, Tan Eng Kee adalah antara empat individu dari Malaysia yang telah berjaya memasuki jutawan dunia Forbes tahun ini.

Kekayaan mereka mencanak naik ekoran tawaran awal MR DIY di Bursa Malaysia pada Oktober tahun lalu dengan permodalan pasaran sebanyak RM10 bilion.

Adik beradik Tan Yu Yeh dan Tan Yu Wei tersenarai buat kali pertama dengan anggaran masing-masing RM7.44 bilion dan RM4.55 bilion.

Dalam pada itu, Quek Leng Chan dari kumpulan Hong Leong terus menduduki tempat teratas senarai jutawan Malaysia dengan nilai bersih RM40.08 bilion.

Advertisement

jutawan Malaysia

Antara jutawan lain di Malaysia ialah Ananda Krishnan dengan nilai bersih RM23.97 bilion, Teh Hong Piow Public Bank dengan RM23.55 bilion, Lim Wee Chai dari Top Glove iaitu sebanyak RM14.46 bilion dan Lim Kok Thay dari Genting sebanyak RM11.16 bilion.

Manakala di peringkat global, Ketua Pegawai Eksekutif Amazon Jeff Bezos masih kekal sebagai orang terkaya dunia dengan nilai bersih RM731.36 bilion.

orang terkaya di dunia

Elon Musk dari Tesla dengan RM623.93 bilion, peruncit mewah Bernard Arnault dengan keluarga LVMH, sebanyak RM619.80 bilion dan Bill Gates dari Microsoft dengan nilai sebanyak RM512.37 bilion.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg juga termasuk dalam senarai lima teratas dengan nilai RM400.80 bilion.

pengasas Facebook

SUMBER

 

Comments

comments