Teksi Singapura Pasang Penghadang Plastik Elak Risiko Jangkitan

teksi

ComfortDelGro sebuah syarikat pengangkutan yang berpusat di Singapura telah mengumumkan bagi proses pemasangan kabin pelindung plastik pada 400 buah teksi miliknya. Syarikat itu menjelaskan bahawa langkah itu bertujuan untuk meminimumkan risiko kemungkinan jangkitan COVID-19.

Kabin pelindung yang dikenali sebagai V-Shield meliputi bahagian pemandu kenderaan yang berukuran 1m x 0.7m x 0.6m. ComfortDelGro mendakwa bahawa pelindung itu dibuat daripada “bahan yang tidak dapat dipecahkan”.

Selain itu pemasangan pelindung itu juga akan dapat menggandakan perlindungan terhadap pemandu dengan sebarang keganasan atau bahaya dari segi fizikal.

teksi

Syarikat pengendali teksi tersebut menambah bahawa kabin pelindung tidak akan menghalang aliran udara di dalam ruangan teksi. Terdapat dua bukaan tingkap yang membolehkan transaksi bayaran tunai dilakukan.

teksi

Dilaporkan pemasangan V-Shield dalam setiap teksi ini baru sahaja dimulakan dan setiap minggu dianggarkan 50 buah teksi akan melakukan pemasangan pelindung ini. ComfortDelGro mengatakan bahawa usaha ini akan diperluaskan lagi sekiranya percubaan ini membawa kepada hasil yang positif.

Sehingga semalam, jumlah kes positif COVID-19 di Singapura mencatatkan 570 jangkitan baru. Menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan ialah sebanyak 29,364 kes.

Sumber 

Jom ‘like‘ dan ‘followFacebook & Twitter Amazing Nara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia. 

Comments

comments