5 Bahan Mudah Untuk Mencuci Bilik Air Tanpa Perlu Bersusah Payah Menyental

tandas bersih

Siapa pun tidak berani membuktikan bahawa melakukan kerja rumah terutamanya membersihkan bilik air pada setiap hari adalah tugas yang mudah serta menyenangkan. Namun, setiap daripada kita pastinya akan melaksanakan tugas tersebut jika tidak mahu melihat keadaan rumah yang sudah tiada rupa.

Anda harus bijak dengan mengetahui beberapa langkah petua yang dijamin berkesan khusus untuk anda yang sentiasa sibuk dengan tugasan kerja seharian. 5 bahan mudah yang anda boleh dapati ini mampu menjadikan bilik air anda tampak bersih dan berkilau. Nak tahu apa dia 5 bahan tu? Jom kita tengok!

1. Baking soda mampu berkerja di bilik air

baking soda

Bahan ini memang diketahui mempunyai pelbagai manfaat selain digunakan sebagai bahan memasak. Campurkan baking soda dengan sedikit air sehingga menjadi seperti pes dan sapukan di dinding atau lantai bilik air. Biarkan 15 minit dan gosok di antara celah jubin tersebut untuk menanggalkan kotoran degil sebelum dibilas. Anda juga boleh menaburkan baking soda di kawasan yang ingin dibersihkan dan terus menggosok sebelum membilas sehingga bersih. Lagi mudah dan cepat!

Advertisement

2. Kuasa lemon!

lemon

Lemon bukan sahaja bagus untuk penjagaan kesihatan dan untuk kecantikan malah sangat berguna sebagai agen untuk menanggalkan kotoran yang terdapat pada dinding bilik air. Anda patut mencuba petua ini kerana tidak perlu menggunakan sebarang sabun untuk mencuci.

Caranya mudah saja, belah lemon kepada dua bahagian dan gosok di bahagian dinding bilik air yang ingin dibersihkan dan selepas itu bilas sehingga bersih. Luangkan masa 10 minit untuk melakukan petua ini dan pastinya anda akan berpuas hati melihat dinding yang bersih seperti baru.

3. Cuka pelbagai guna 

tandas bersih

Mungkin ramai yang tidak mempercayai bahawa cuka sebenarnya boleh dijadikan bahan pencuci yang berkesan tanpa perlu menggosok langsung. Larutan cuka dengan sedikit air dan semburkan di mangkuk tandas, penutup mangkuk tandas dan kawasan yang terlindung. Anda boleh membiarkan tempat semburan tersebut selama satu malam atau beberapa jam sebelum membilas dengan bersih.

4. Peluntur pilihan anda 

peluntur

Sesetengah orang mungkin tidak akan ingat segala petua dengan menggunakan pelbagai bahan yang terdapat di bahagian dapur. Jangan risau, pelbagai agen pencuci dengan bahan peluntur banyak terdapat di pasar raya. Anda boleh memilih bahan peluntur mengikut kehendak anda untuk digunakan sebagai pencuci bilik air.

Namun, terdapat beberapa jenis bahan peluntur yang mempunyai bau yang kuat dan agak mengganggu. Anda boleh mengurangkan bau peluntur dengan menyembur lemon yang dicampurkan dengan air. Cara penggunaan bahan peluntur berada di setiap botol bahan peluntur yang anda beli. Baca dan sesuaikan mengikut kegunaan anda.

5. Bilas dengan air suam

pili air

Penggunaan air suam mampu meningkatkan lagi keberkesanan sabun pencuci atau agen pencuci yang kita gunakan. Setelah anda mencuci dinding bilik air atau kawasan yang sukar untuk dicapai, bilas dengan sebaldi air suam sehingga bersih. Air suam juga berkesan jika dicurahkan di dalam sinki dan juga tab mandi.

Kesemua petua ini tidak akan berguna sekiranya anda tidak mempraktikkan atau mencuba salah satu daripada tips yang telah dikongsi. Gunakan apa cara sekalipun untuk anda memastikan bilik air anda sentiasa nampak bersih daripada sebarang kotoran yang melekat.

Comments

comments