5 Sebab Kenapa Hospital Sultanah Zahirah Jadi ‘Kegemaran’ Ibu Hamil Untuk Bersalin

1105

Semestinya setiap ibu mengimpikan suasana yang selesa ketika bersalin. Setelah mengharungi 9 bulan dengan perut memboyot, keselesaan semasa bersalin menjadi keutamaan ibu mengandung.

Kebanyakan ibu-ibu mengandung akan melakukan ‘survey’ terlebih dahulu sebelum memilih hospital yang terbaik. Bak kata orang, kalau nak selesa pergilah swasta.

Tetapi jangan di ingat semua hospital kerajaan itu ‘kuno’ dan tidak selesa.

Buktinya, Pusat Rawatan Ibu Dan Anak Hospital Sultanah Nur Zahirah menjadi ‘kegilaan’ ibu-ibu yang mengandung untuk mendapatkan rawatan di sana.

Dan ini 5 Fakta kenapa HSNZ menjadi pilihan utama ibu mengandung.

#1 Layanan Seperti Di Swasta Puluhan Ribu

Ada netizen yang mengatakan suasana dan layanan di wad antenatal Pusat Rawatan Ibu Dan Anak sangat selesa dan bersih meskipun berada di wad kelas ketiga.

Kata mereka biarpun di kelas ketiga, perasaannya seolah-olah berada di wad kelas pertama kerana sangat selesa dan menenangkan. Malah ada yang mengatakan layanan yang diberikan umpama layanan di hospital swasta yang perlu dibayar puluhan ribu.

#2 Staff Yang Sangat Prihatin Dan Baik

Rata-rata ibu yang pernah mendapat rawatan di sini melahirkan rasa gembira kerana diberi layanan yang sangat baik oleh jururawat, jururawat masyarakat, doktor sehinggalah ke cleaner hospital.

Biarpun datang ke hospital pada tengah malam, mereka kekal dengan senyuman dan menerima pesakit dengan tangan yang terbuka. Langsung tidak terlihat wajah keletihan pada mereka.

#3 4 Katil 1 Bilik Air

Bagi wad kelas ketiga, satu cubicle akan ditempatkan 4 buah katil dan 1 bilik air. Tanpa perlu berebut dengan ramai pesakit lain, itu yang membuatkan ibu di sini sangat selesa.

Malah katil yang disediakan di sini cukup canggih. Hanya perlu tekan remote control sahaja. Setiap katil juga disediakan kipas siling setiap satu. Yang ni tak perlu ibu bersusah payah nak bawak kipas sendiri.

#4 Staff Yang Cekap Dan Proaktif

Servis yang diberikan oleh staff di sini juga sangat cekap dan proaktif tanpa mengira darjat dan warna kulit. Semuanya diberikan layanan sama rata. Malah tiap kali ada pesakit mengadu kesakitan, tindakan pantas oleh staff di sini sangat patut diberi pujian.

#5 Dari A to Z Semua Terbaik !

Ramai ibu yang pernah bersalin di sini memberitahu bahawa dari bermula mendaftarkan diri di kecemasan bersalin sehinggalah ke labour room, servis yang diberikan sangat terbaik. Malah ada ibu yang sanggup datang dari jauh untuk bersalin di sini. Fuh! Memang terbaik la kalau macam ni.

Nak lebih yakin dan percaya bahawa fakta di atas bukan fakta mainan?

Baca dan Lihat komen-komen di sini:

Comments

comments