(5 GAMBAR)Cara Menyediakan Kerepek Tempe Yang Enak Lagi Sedap

Untuk menyediakan kerepek tempe ini, anda perlu menghiris daun bawang dan cili padi nipis-nipis. Bahan-bahan lain yang perlu ditumbuk atau dikisar ialah biji ketumbar, bawang putih, kunyit hidup dan buah keras. Anda juga memerlukan garam secukup rasa.

1

Potong tempe nipis-nipis dan besar-besar.

2

Advertisement

Langkah seterusnya dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Bahan-bahan rempah dan herba tadi dicampurkan dengan kira-kira 250 gram tepung beras, 150 g tepung ubi dan air. Pastikan adunan anda tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

3

Kemudian celupkan tempe dalam adunan tepung, pastikan salutan tidak terlalu tebal namun masih meliputi keseluruhan permukaan tempe. Kemudian tempe tadi bolehlah digoreng tohor dengan minyak yang banyak dan panas.

4

Setelah keemasan dan rangup, tempe boleh diangkat dan dihidangkan bersama air kopi atau teh panas. Selamat mencuba!

5

Comments

comments