5 Sekawan Ditahan 8 Jam Di Korea, Tanpa Makan Dan Minum Sebelum Dihalau Pulang

10236

Kita semua tahu kebanyakkan pelancong dari Malaysia yang ke Australia kerap kali dihantar pulang semula atas sebab-sebab tak munasabah. Kini di Korea pula, ramai rakyat Malaysia telah dihalau pulang.

Baca ini: Wanita kongsi detik-detik cemas tak lepas naik pesawat ke Australia

Menerusi perkongsian Nor Azam di Facebook, beliau ke sana bersama 4 orang kawannya telah ditahan oleh pegawai imigresen selama 8 jam.

Lebih menyedihkan 5 sekawan ini dilayan seperti banduan di bilik kuarantin selama 8 jam tanpa diberikan makanan ataupun minuman.

Persediaan awal telah dibuat, namun mereka tetap tidak diendahkan oleh pihak imigresen Korea di sana.

5 sekawan

Setahun planning untuk ke Korea

Beliau dan kawan-kawanya telah merancang untuk ke Korea selama setahun walaupun pihak syarikat tidak meluluskan cuti mereka. Tetapi, percutian ke Korea tetap diteruskan kerana tempahan tiket sudah dibuat.

terbang ke Korea

Itinerari dah disusun

Korea

Semasa giliran beliau dan rakan-rakan di kaunter imigresen, pihak imigresen mengambil pasportnya. Bermulalah pengalaman ngeri di bumi Korea buat mereka semua.

Mereka juga menyediakan semua dokumen yang perlu dibawa ke sana dengan lengkap tetapi tetap dihalau untuk masuk ke Korea.

giliran tiba

Sistem tak cekap

Semasa ditemubual oleh pihak imigresen mereka menggunakan mesin ‘translator’ untuk menyoal siasat mereka semua.

sistem tak efisien

Dipaksa tanda tanda sekeping surat

paksa tanda tangan kertas

Selesai sahaja sesi soal jawab selama 2 jam, pihak imigresen mengeluarkan sekeping surat (tidak dibenarkan masuk ke Korea) untuk ditanda tangan olehnya.
sign surat

Tiada alasan kukuh kenapa tak boleh masuk Korea

tiada alasan kukuh

Mereka berlima ditahan selama 8 jam di sebuah bilik menunggu dan dilayan seperti banduan tanpa diberikan makan dan juga minum.

menunggu 8 jam

Apa yang lebih menyedihkan, tiada alasan kukuh diberitahu kepada mereka mengapa tidak dibenarkan untuk masuk ke Korea.

lapar sangat

Terus rancang ke Indonesia

rancang ke Bandung, Indonesia

Kerana sedih tidak dapat masuk ke Korea, beliau menukar perancangan ke Bandung, Indonesia sejurus tiba di KLIA2 kerana kesian pada kawan-kawannya yang pertama kali melancong ke luar negara.

melancong ke Bandung

Beliau turut berpesan kepada mereka yang bakal melancong ke Korea, buatlah persiapan yang rapi dan lakukan kajian yang terperinci.

study betul2 sebelum pergi

Mungkin 5 sekawan ini tiada rezeki lagi untuk bercuti di Korea. Kepada anda yang bakal ke Korea, semoga berjaya melepasi imigresen di sana.

Comments

comments