5 Senarai Azam Tahun Baru Yang Popular Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

meme azam tahun baru

Wuhuuu Selamat Tahun Baru!

Tinggal berapa hari sahaja lagi kita akan mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2019. Mesti ramai yang dah tak sabar nak ucapkan selamat datang pada tahun 2020 ni kan? Tahun baru ini mungkin ada yang merancang untuk berkahwin, pergi melancong, beli kereta baru, atau macam-macam lagi lah.

Baca: Jom Semak Senarai Cuti Tahun 2020 Untuk Anda Balik Kampung Dan Bercuti!

Seperti biasa, setiap kali tahun baru soalan klise yang selalu ditanya mestilah apakah azam tahun baru anda? Nama pun tahun baru, mesti akan ada azam yang nak dicapai tahun ini kan? Disebabkan tahun baru pun tinggal beberapa hari saja lagi, kami rangkumkan antara azam tahun baru yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kuruskan badan

meme diet

Ramai yang akan jadikan tahun baru sebagai masa yang terbaik untuk mulakan diet. Ini antara azam yang paling popular sekali bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi juga boleh katakan seluruh dunia juga lah.

Ada yang sudah lama menjadikan azam untuk turunkan berat badan pada setiap kali tahun baru. Tetapi mungkin ada yang masih belum berhasil untuk mencapainya. Jangan risau, kami sediakan tips untuk anda di dalam artikel di bawah.

Artikel: Turun 12kg Dalam Masa 79 Hari, Gadis Ini Kongsikan Pengalaman Diet Suku-Suku Separuh

Tamatkan zaman bujang

married

Untuk yang masih ternanti-nantikan masa yang sesuai, tahun 2020 ini mungkin sudah tiba masanya untuk anda menamatkan zaman bujang. Lagi-lagi kalau anda mengejar tarikh cantik seperti 02/02/2020 ini, yang menjadi pilihan ramai untuk melangsungkan perkahwinan.

Bagi yang masih belum mempunyai pasangan, jangan bersedih dan berduka. Kami doakan anda dapat berjumpa dengan jodoh anda pada tahun 2020 ini dan mana tahu, rezeki anda pula untuk berkahwin.

Untuk sesiapa yang merancang perkahwinan pada tahun 2020 ini, senarai barang hantaran ini mungkin boleh membantu anda merancang perkahwinan dengan lebih mudah.

Artikel: Hantaran Rare Macam Ini Baru Berguna Selepas Berkahwin

Peluang kerja baru

kalendar new job

Ada yang menjadikan tahun baru ini sebagai masa yang sesuai untuk memulakan hidup di tempat kerja baru dengan suasana yang berbeza. Kebanyakan syarikat juga akan membuka peluang pekerjaan pada awal tahun.

Selain daripada mereka yang bertukar angin di tempat baru, ada juga mereka yang masih mencari-cari pekerjaan selepas tamat pengajian. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada ‘job seekers’ yang masih mencari pekerjaan. Jangan mudah berputus asa!

Artikel: Belanjawan 2020:#MalaysiaKerja Sediakan Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat

Beli rumah

meme skeleton

Kebanyakan daripada kita akan berazam untuk membeli rumah dan memiliki kediaman sendiri. Siapa je yang tak nak ada rumah sendiri kan? Lagi-lagi mereka yang akan berkeluarga tidak lama lagi.

Tetapi ramai yang selalu menangguhkan azam ini kerana merasakan tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Semakin lama anda tunggu, harga rumah pun semakin naik setiap tahun. Apa kata anda realisasikan impian itu pada tahun 2020 ini.

Risau kewangan masih tak cukup? Tak apa, kami sediakan tips untuk anda gunakan untuk membeli rumah walaupun bergaji kecil. Selamat mencuba!

Artikel: Gaji Ciput Boleh Ke Beli Rumah? Ini Tips Yang Patut Anda Ikuti

Perbaiki diri

meme i can do it

Setiap kali tahun baru, setiap daripada kita mesti mahukan perubahan diri yang lebih baik. Tahun baru juga dilihat sebagai satu permulaan yang baik untuk meninggalkan segala tabiat buruk anda.

Tahun baru bukan sahaja masa untuk anda ‘refresh’ semula tetapi masa ini juga lah untuk anda kembali pada permulaan yang baru dan mencari fokus. Tinggalkan lah segala yang buruk pada tahun 2019 ini dan kembali dengan keadaan yang lebih baik pada tahun 2020.

Kami ucapkan selamat menyambut tahun baru 2020 kepada semua pembaca AmazingNara. Semoga segala azam tahun baru anda akan tercapai kali ini!

Comments

comments