50 Muslim Terkorban Ditembak Pengganas Di Christchurch, Kini 350 Warga New Zealand Peluk Islam

205

Serangan pengganas melakukan tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand mengorbankan kira-kira 50 orang Muslim.

Bantahan mengutuk serangan tersebut berlaku di seluruh dunia dan mencetuskan kemarahan ramai terutama sekali di kalangan masyarakat Islam.

Terbaru, di media sosial tersebar pula berita mengatakan warga New Zealand menunjukkan mesej kebenaran agama Islam apabila 350 dikhabarkan telah memeluk Islam.

Kesahihan disebalik berita ini tidaklah diketahui, tetapi rata-rata netizen mengharapkan ia benar-benar berlaku.



Tragedi berdarah yang berlaku pada solat Jumaat itu nyata memberikan kesan yang mendalam apatah lagi pengganas itu bertindak kejam serta  tidak berperikemanusiaan kepada masyarakat yang tidak berdosa dan sempat merakam Live di Facebook ketika melakukan tembakan rambang.

Dilaporkan, penembak dan tiga individu lain yang dipercayai terbabit dalam serangan itu sudah diberkas dan didakwa di mahkamah.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memberi amaran perlunya tindakan segera untuk menangani ‘Islamophobia’ di seluruh dunia.

Sumber Berita : BH ONLINE

Comments

comments