500,000 Peluang Pekerjaan Dibuka MyDigital

Inisiatif MyDigital yang dilancarkan pada Jumaat dijangka membuka 500,000 peluang pekerjaan dalam ekonomi digital dan bakal menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Menurutnya, inisiatif itu merupakan pelengkap kepada dasar pembangunan negara seperti Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

“MyDigital menetapkan gabungan inisiatif dan sasaran merentasi tiga fasa pelaksanaan sehingga tahun 2030″

“Menjelang tahun 2025, ekonomi digital dijangka menyumbang 22.6 peratus kepada KDNK negara,” kata beliau pada Majlis Pelancaran MyDigital dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia pada Jumaat secara maya.

Muhyiddin menambah, kerajaan juga akan mengalakkan sebanyak 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana menerima guna e-dagang.

Semoga peluang pekerjaan ini dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.

Advertisement

Sumber

Comments

comments