57% Ibu Bapa Di Malaysia Masih Lagi Membantu Kewangan Anak Dewasa Mereka

31

Majoriti ibu bapa di Malaysia yang mempunyai anak berumur lebih dari 18 tahun, masih lagi membantu anak mereka dari segi kewangan, menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh HSBC.

Di dalam kajian terkini dikeluarkan oleh bank itu menunjukkan 57% daripada ibu bapa di Malaysia – tangga ke 4 di seluruh dunia – masih lagi menyokong kewangan anak dewasa mereka. Mendahului senarai kajian ini adalah UAE.

Selepas membuat kajian terhadap 1,000 orang yang berumur 25 tahun di antara Mac dan Mei 2017,
kajian menunjukkan ianya adalah perkara biasa bagi membantu anak mereka untuk meningkat dewasa, dengan hampir 50% daripadanya masih lagi aktif mendapat sokongan dari ibu bapa.

Namun begitu, 64% daripada kalangan yang mendapat sokongan ini percaya bahawa anak mereka sendiri nanti perlu menjadi seorang yang bebas kewangan (financial independent) apabila sudah meningkat dewasa.

Kajian ini menunjukkan kebanyakan ibu bapa (69%) menyokong kewangan bagi “pendidikan” manakala 41% pula memberi sokongan kewangan bagi menampung kos sara hidup seperti bil utiliti, barangan runcit dan pembaikan rumah.

Selain daripada pendidikan dan kos sara hidup, dilaporkan terdapat juga ibu bapa yang menyokong kewangan bagi perubatan, sewa rumah dan percutian.

Comments

comments