(6 GAMBAR)Masak Epal Madu Bakar Menggunakan Periuk Nasi, Lagi Idea Orang Jepun Yang Brilliant

Seperti yang pernah kami katakan, orang Jepun sangat kreatif, terutamanya dalam hal penyediaan makanan. Sebelum ini kami menyiarkan tentang idea orang Jepun untuk memasak penkek menggunakan periuk nasi.

Kali ini mereka tampil dengan idea terbaru iaitu menghasilkan epal madu bakar menggunakan periuk nasi.
08d3634819fd8132f01d600f6ec15094

Dan bahan-bahan yang diperlukan cuma empat: epal, madu, kulit kayu manis, dan satu kiub mentega.


 photo slooproimg_20130120224457.jpg

Advertisement

Lihat cara menghasilkan epal bakar yang enak ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Buat lubang pada tengah-tengah epal menggunakan pisau kecil.
 photo slooproimg_201301202244471.jpg
Penuhkan 7/8 lubang itu dengan madu, dan kemudian masukkan kiub mentega di bahagian atas madu.
 photo slooproimg_20130120224452.jpg
Masukkan dalam periuk nasi, tutup dan tekan butang ‘on’. Biarkan ia masak selama 45 minit. Jika periuk anda tidak mempunyai fungsi pemasa (timer), anda boleh menggunakan aplikasi pemasa telefon pintar anda.
 photo img_11.jpg
Cukup 45 minit, epal bakar telah masak . Di bahagian dalam, epal tersebut menjadi lembut dan berjus. Ia boleh dihidangkan dengan aiskrim atau krim putar dan ditabur sedikit serbuk kulit kayu manis.
 photo 2079127261.jpg
Selamat mencuba!
 photo slooproimg_20130120224444.jpg
Sumber: Naver Matome

Comments

comments