6 Pelajar Matrikulasi Viral Tak Perlu Bayar Kompaun RM 1,500

Berhubung kes enam pelajar Kolej Matrikulasi di Perak yang tular dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamaruddin mengatakan bahawa kes tersebut sudah diselesaikan.

BACA : Disaman RM1500 Sebab Tak Pakai Masak, Pelajar Luah Rasa Kecewa

Memetik laporan Berita Harian, pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan pihak kolej, Pusat Kesihatan Kampar dan Pengarah Kesihatan Perak dan membuat keputusan pelajar terlibat tidak perlu membayar kompaun yang dikenakan.

“Untuk makluman, merkea tidak perlu membayar apa-apa pun dan saya beri jaminan kes ini akan selesai”-katanya. 

“Keputusan yang dicapai dan mendapat kerjasama semua pihak ini sangat baik dan membantu pelajar yang datang dari keluarga asnaf”

Menurutnya, isu ini tidak perlu diperbesar lagi memandangkan pelajar-pelajar berkenaan akan menduduki peperiksaan sekaligus memberi ruang kepada mereka untuk fokus terhadap peperiksaan tersebut.

Advertisement

Beliau menasihatkan agar semua pihak sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang wabak Covid-19.

Terdahulu, dilaporkan enam orang pelajar Kolej Matrikulasi Gopeng dikenakan kompaun RM 1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dan meletakkannya di bawah dagu. Hal itu menyebabkan pelajar berkenaan kecewa kerana kompaun yang dikenakan terlalu tinggi sedangkan elaun yang mereka terima untuk tempoh enam bulan hanya RM 1,250.

Sumber

Comments

comments