6 Tip Yang Aku Guna Untuk Cari “Souvenir” Bajet Dan Percuma Bila Travel Di Jepun

97

Ayat “Balik beli la Souvenir kat Aku” selalu kita dengar bila kita melangkan bersama buku merah. Di Japan, Key Chain (KC) atau Freezer Magnet (FM) dalam lingkungan 350¥ sehingga 500¥ (RM12 – RM20) seketul Made in China.

Tu belom harga Souvenir yang rare rare lagi. Bagi yang ada bajet tidak menjadi masalah bagaimana yang tak ada bajet tetapi tak mahu melukan hati kawan kawan yang tidak pernah sampai di sana.

Ini tip mudah untuk korang yang bajet tak berapa banyak..

DIY Souvenir

1. 5¥ Key Chain Syiling

Kumpul banyak-banyak disana dan beli accessories di Daiso untuk bagi nampak cantik (modal RM10 untuk 5 Key Chain).

2. Freezer Magnet Daun Musim Luruh

Simpan daun daun yang luruh di dalam buku.

Laminate kan dia dan letak magnet beli di Daiso. Modal RM 10 untuk 20 FM.

Kalau pakai Laminate mesin pejabat lagi jimat.

FREE Souvenir

3. Pengguna Osaka Amazing Pass

Pergi ke Tsutenkaku tower (masuk percuma).

Sila ambil modal tower kertas depan lift tingkat 2 dan bawak balik untuk kawan kawan.

4. Stamps Kenang-Kenangan

Kebanyakan tempat tumpuan pelancong dan station keretaapi mempunyai stamps yang tersendiri.

Ada kalanya sesetengah tempat menyediakan poskad kosong atau kertas khas untuk kita cop dan jadi kan souvernir.

Cop sebanyak yang boleh dan tulis nama kawan anda “From Japan With Love just For U….bla…bla”.

Biar nampak sweet sikit lepas tu laminate jadikan penanda buku atau poskad.

Beli Di Tempat Yang Murah

5. Flae Market

Tempat yang paling mudah untuk dapat Keychain yang sangat murah.

Walau pun jarang boleh jumpa yang jenis “I?Japan”, namun kita boleh lagi dapatkan Gundam Keychain, Ultraman dan lain lain keychain yang menunjukkan ciri ciri japan pada harga serendah 50¥ sehingga 100¥ je.

6. Kedai

Cari lah di Daiso, Don Quijote , 100¥ atau 3 coin.

Kedai kedai berikut banyak menjual barang barang yang boleh kita jadi kan sesuatu sebagai Souvenir dengan harga berpatutan.

Beli la seketul 2 FM ke KC kat kawan kawan yang dah cover kerja masa kau cuti. Jangan kedekut sangat sebab nilai persahabatan tu lagi mahal.

Bulan Disember nanti, inshaallah buku saya Road To Japan bersama Jack S Adli akan siap dan sedia untuk berada di pasaran.

Banyak tips ke Jepun saya kongsikan dalam buku tu.

Kredit : JAck S Adli

Comments

comments