6,200 Penerima Vaksin Tidak Hadir Temu Janji Suntikan Di Negeri Sembilan

Mengikut kiraan semasa, seramai 6,200 penerima vaksin dilaporkan tidak hadir menerima suntikan vaksin Covid-19 fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di lapan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Negeri Sembilan sejak April lalu hingga hari ini.

Memetik laporan Metro, Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata, tidak menyemak MySejahtera merupakan antara alasan yang diberi hingga menyebabkan mereka terlepas temu janji.

Gambar Hiasan

“Ada yang mendakwa PPV jauh dari kediaman contohnya mendapat temujanji di PPV Majlis Bandaraya Seremban (MBS) tetapi rumah di luar Seremban”

“Ada juga yang memberi alasan tiada yang menghantarnya ke PPV dan terdapat penerima vaksin tidak hadir dos pertama kerana kontak rapat atau positif Covid-19”

Dalam isu ini, orang ramai diminta supaya mengambil serius berhubung suntikan vaksin ini bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 berleluasa.

Terkini, terdapat lima hospital swasta dan lapan klinik swasta di negeri ini yang sudah dijadikan sebagai PVV antaranya Hospital UCSI, Mawar Medical Centre, Salam Senawang Specialist Hospital, Hospital KPJ Seremban dan Nilai Medical Centre.

“Manakala lapan klinik swasta yang turut terbabit, Klinik Anda Senawang, Poliklinik Damai Senawang, AMC Klinik, Seremban 2, Klinik Icon, Seremban 2, Klinik Daniel, Seremban 2, Klinik Nisa, Nilai, Klinik Desaria, Nilai dan Klinik Dr.Lee, Nilai”

Buat masa ini katanya, masih tiada kluster berkaitan ziarah Aidilfitri dikesan di Negeri Sembilan dan kebanyakan kluster yang ada pada hari ini adalah dari kluster tempat kerja dan tempat ibadat seperti masjid dan gereja.

Pun begitu, sehingga ini seramai 9,853 individu positif Covid-19 terdiri mereka yang berusia 18 hingga 60 tahun.

Advertisement

Ramai juga tu yang masih culas dalam menjalankan tanggungjawab ya. Semoga selepas ini masyarakat lebih peka untuk kebaikan sejagat.

Sama-samalah kita bendung wabak ini, kalau bukan kita sebagai rakyat, siapa lagi?

SUMBER

Comments