(7 GAMBAR)Kisah Claudio, Lelaki Brazil Yang Memiliki Kepala Terbalik

Leher Claudio Vieira de Oliveira, 37, terlipat ke belakang tetapi dia tetap berjuang untuk hidup tanpa mengharap bantuan orang lain.

Dia dilahirkan kurang upaya iaitu kepalanya terbalik tetapi tetap berusaha sehingga menjadi seorang penceramah yang memberi inspirasi kepada orang lain.

Claudio-Vieira-de-Oliveira (1)

Kaki dan tangannya juga tidak boleh digunakan kerana tidak terbentuk dengan baik. Malah semasa dia masih bayi, ibunya diberi nasihat oleh doktor supaya berhenti memberi dia makanan kerana mereka percaya dia akan mati.

Advertisement

Namun Claudio dari Monte Santo, Brazil telah mengatasi kekurangannya untuk menjadi seorang graduan perakaunan dan penceramah.

Kata Claudio :

Sejak kecil saya suka sibukkan diri dan bekerja—tak suka bergantung harap pada orang lain.

Saya buat akaun, kajian untuk klien dan beri khidmat nasihat.

Saya telah belajar cara untuk hidupkan televisyen, angkat telefon selular, pasang radio, gunakan Internet, komputer saya—dan saya lakukan semuanya sendiri.

Claudio menaip dengan menggigit pen di mulut, mengoperasikan telefon dan tetikus dengan bibir dan dia juga memiliki kasut khas yang membolehkan dia bergerak ke serata bandar.

Ibunya Maria Jose berkata:

Orang kata anak saya akan mati kerana dia sukar bernafas semasa masih bayi.

Ada yang suruh jangan beri dia makan kerana dia memang hampir mati.

Tapi kini hanya ada kebahagiaan untuk saya. Claudio sama saja seperti insan lain, begitulah cara dia dibesarkan di rumah kami.

Kami tidak pernah cuba untuk perbaiki dia dan kami mahu dia buat apa yang orang lain buat juga.

Oleh sebab itu dia seorang yang sangat yakin diri. Dia tidak malu berjalan di luar—dia suka menyanyi dan menari.

Pada usia lapan tahun Claudio yang sebelum itu didukung ke sana ke mari mula berjalan sendiri.

Keluarganya terpaksa menukar jenis lantai rumah supaya Claudio boleh bergerak tanpa tercedera.

Katil Claudio dan lampunya juga dibuat rendah supaya dia boleh melakukan semuanya sendiri tanpa dibantu.

Disebabkan postur badan luar biasa, Claudio tidak dapat menggunakan kerusi roda, menyebabkan dia sukar berdikari di luar rumah—tetapi dia merayu kepada ibunya untuk diberi peluang bersekolah dan belajar bersama kanak-kanak lain.

Baru-baru ini dia didiagnosis doktor dengan penyakit yang jarang ditemui iaitu congenital arthrogryposis.

Doktor percaya yang sendinya mengecut menyebabkan tangan dan kakinya tidak dapat dipanjangkan dengan betul. Kata Claudio :

Sepanjang hidup ini saya dapat adaptasikan badan dengan dunia sekeliling. Sekarang saya tidak rasa saya lain dari orang lain. Saya manusia normal.

Saya tidak melihat dengan pandangan terbalik. Ini apa yang selalu saya beritahu dalam ceramah saya.

Kini saya lebih mudah untuk berurusan dengan orang ramai. Saya seorang profesional, seorang penceramah antarabangsa dan saya menerima jemputan untuk memberi ceramah dari seluruh dunia.

Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo Claudio-Vieira-de-Oliveira.jpg
 photo Claudio-Vieira-de-Oliveira7.jpg
 photo Claudio-Vieira-de-Oliveira8.jpg
 photo Claudio-Vieira-de-Oliveira9.jpg
 photo Claudio-Vieira-de-Oliveira10.jpg
 photo Claudio-Vieira-de-Oliveira11.jpg

Laporan asal: Mirror UK

Comments