(7 GAMBAR)Mesej Rahsia Seorang Suami Kepada Isteri Yang Telah Meninggal Dunia

59

Apabila anda benar-benar menyintai seseorang, sudah pasti anda ingin membuktikannya pada orang yang anda cintai. Setiap orang mempunyai cara berbeza untuk menyampaikan rasa cinta, tetapi seorang petani dari United Kingdom telah melakukan sesuatu yang sukar kita lupai.


 photo Rahsial01.jpg

Isteri Winston Howes meninggal dunia 17 tahun yang lalu, dan dia amat terkesan dengan pemergian isterinya. Dia fikir dia mahu lakukan sesuatu untuk memperingati isterinya itu. Jadi…dia mula menanam pokok. Setelah tahun demi tahun, pokok-pokok yang ditanam telah menjadi sesuatu yang mungkin juga benda paling romantik pernah kita lihat.

Dan semua ini ialah satu rahsia sehinggalah seorang pengembara belon udara panas mengambil gambar dari udara.

Setelah kematian isterinya, Winston merasa ‘kosong’.
 photo Rahsial02.jpg

Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Untuk memperingati isterinya, Winston telah menanam beribu pohon Sapling di sebuah tanah seluas enam ekar.
 photo Rahsial03.jpg

Apa yang istimewa, ada bahagian yang tidak ditanam apa-apa. Dan inilah mesej Winston untuk isterinya.
 photo Rahsial04.jpg
 photo Rahsial05.jpg

Ia ialah sebuah padang rumput berbentuk hati, dan hati ini menunjuk kepada rumah yang didiami isterinya sewaktu kanak-kanak.
 photo Rahsial06.jpg
 photo Rahsial07.jpg

Pasangan ini berkahwin selama 33 tahun sehinggalah isterinya yang bernama Janet meninggal dunia kerana kegagalan hati. Tetapi Winston tidak melupai isterinya dan waktunya juga banyak dihabiskan di padang rumput untuk mengingati isterinya.

Mungkin ini yang boleh dinamakan ‘cinta sejati’.

Comments

comments