7 Perkara Yang Perlu Di Ambil Kira Sebelum Membeli Kereta Baru

373

Keinginan untuk mendapatkan kenderaan baru tanpa mempunyai masalah dan memeningkan? Sebenarnya banyak benda yang perlu diketahui dan diambil kira sebelum anda membuat pembelian kenderaan baru. Tidak perlu terburu-buru untuk membuat pembelian kerana kereta merupakan satu komitmen jangka masa panjang selepas hartanah.

Pelbagai perkara yang perlu diambil kira selain membayar ansuran bulanan. Terdapat pelbagai kos terselindung yang anda perlu tahu seperti cukai jalan, insurans dan kos penyelenggaraan. Kebanyakannya kos-kos ini dapat dianggarkan bergantung kepada jenis kenderaan yang ingin di beli.

It’s important to choose the right vehicle to meet your needs, your budget and something you feel proud to drive on the road.

The good news is that we are here to help, with the 7 important steps that every car buyer should consider before purchasing a car.

Adalah sangat penting untuk memilih kenderaan yang sesuai dengan kehendak, belanjawan dan sesuatu yang bangga untuk dipandu di atas jalan. Di bawah ini admin nak kongsi dengan semua 7 perkara yang perlu diambil kira sebelum membeli kenderaan.

1. Semak akan reliability kenderaan.

Jika kenderaan anda sering tersangkut di jalan raya, point ini merupakan perkara yang pertama sekali anda kena isi di dalam senarai. Rata-rata memberi respon akan keutamaan reliability kenderaan di dalam sebuah bancian yang di jalankan.

Bagaimana untuk mengetahui ianya reliable atau tidak? Ianya boleh diketahui melalui platform kenderaan, ujian yang dijalankan oleh pengeluar, dan juga pakej waranti yang ditawarkan.

2. Cari reka bentuk “smart” dan praktikal.

Menurut sebuah kaji selidik, reka bentuk kereta adalah merupakan sebab mengapa pemilik kenderaan membeli kereta yang dipandu. Ini kerana design kereta ini dikatakan adalah bagi menonjolkan personaliti si pembeli.

Bagaimana untuk mengetahui reka bentuk yang mana menarik? Setiap tahun anugerah bagi reka bentuk kereta yang menarik mengikut kelas masing-masing akan diumumkan. Dari situlah kita dapat mengetahui reka bentuk mana yang menarik dan sesuai dengan personaliti anda.

3. Bandingkan reputasi pengeluar kereta, ulasan dan tawaran selepas pembelian.

Jangan terkejut… Ramai pembeli membuat pertimbangan sebelum membeli kereta berdasarkan pengalaman peribadi, reputasi pengeluar kereta dan ulasan mengenai kenderaan.

Bagi memastikan kenderaan yang diingini tidak bermasalah, ulasan pengguna lain menjadi satu informasi yang sangat berguna. Jika hanya 1 daripada banyak ulasan yang diberi adalah mengenai aduan, ianya mungkin kenderaan yang disyorkan. Cuba elakkan daripada membeli yang kenderaan yang mempunyai ulasan kurang baik – yang lebih banyak berbanding ulasan baik.

Digalakkan untuk tekun membaca ulasan-ulasan dan pengiktirafan dari pihak profesional bagi mendapatkan informasi untuk tidak menyesal selepas membuat pembelian.

4. Pandu uji

Menurut sebuah kaji selidik, sebanyak 39% pengguna akan memandu uji kenderaan sebelum mempertimbangkan untuk membuat pembelian. Pengendalian (handling) pula merupakan faktor yang paling utama diambil kira ketika pandu uji dilakukan.

Pengendalian kereta akan menggambarkan bagaimana kereta itu respon apabila membuat pusingan.
Kereta yang mempunyai pengendalian yang baik selalunya dapat membuat pusingan pada kadar kelajuan tinggi tanpa hilang kawalan. Perkara begini selalunya dikaitkan dengan suspension, steering, tayar dan berat kenderaan yang dipandu.

Mengapa pengendalian yang bagus sangat penting? Ini adalah kerana ketika sedang waktu kecemasan, ianya merupakan salah faktor penting bagi mengelakkan kemalangan.

5. Bandingkan harga atau bayaran dan pastikan ianya sepadan dengan kemampuan anda.

“Harga” adalah merupakan aspek yang paling penting sekali ketika membuat pertimbangan pembelian. Tidak kiralah ianya kereta yang mahal mahupun murah, pastikan ianya berada di dalam tahap kemampuan anda.

Terlebih dahulu pertimbangkan bajet anda. Perkiraan komitmen bulanan perlu dilakukan terdahulu sebelum mengetahui harga kereta yang mampu dimiliki. Perkara lain seperti minyak, tol, parkir dan lain-lain juga perlu diambil kira ketika mencongak.

Pastikan komitmen bulanan termasuk ansuran bulanan kereta tidak melebihi daripada 60% gaji bersih anda setiap bulan.

6. Keselamatan

Tidak seperti pemanduan dan pengendalian kenderaan yang hanya untuk mengelakkan kemalangan, ciri-ciri keselamatan adalah merupakan aspek paling penting bagi memastikan pemandu dan penumpang selamat ketika berlaku kemalangan.

Salah satu cara yang mudah untuk mengetahui akan keselamatan kenderaan berada di pasaran, adalah dengan melawati laman web Euro NCAP.

Euro NCAP adalah merupakan badan bebas yang melakukan ujian keselamatan kereta dengan ketat terhadap kereta-kereta baru. Semua kereta akan dinilai berdasarkan jumlah ciri-ciri keselamatan yang ada pada kenderaan yang diuji.

7. Pertimbangkan ekonomi minyak kenderaan.

Harga minyak dapat memberikan bebanan yang besar kepada komitmen bulanan si pemilik. Lebih-lebih lagi harga minyak mingguan yang tidak menentu bagi kita yang tinggal di Malaysia.

Purata mileage kenderaan yang diingini juga perlu diambil kira bagi mencongak komitmen bulanan untuk minyak kereta.

Meskipun ekonomi minyak bagi sebuah kenderaan bagi kenderaan banyak di tulis pada risalah, sebenarnya ianya bergantung juga pada beberapa aspek.

1. Cara pemanduan : Bergantung bagaimana cepat dan lambat anda menekan pedal minyak.
2. Keadaan kereta : Adakah kenderaan anda diubahsuai (modify) atau tayar anda kurang angin??
3. Keadaan lalu lintas : Adakah anda banyak menghabiskan masa di dalam kesesakan lalu lintas?

Sebenarnya adalah tidak susah untuk membuat pembelian kereta. Anda hanya perlu bersikap jujur tehadap diri sendiri bagi menentukan kehendak dan situasi kewangan anda.

Comments

comments