7 Produk Kosmetik Diharamkan Penjualan Dengan Serta Merta – KKM

7138

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa tujuh produk kosmetik diharamkan dan dihentikan penjualannya serta merta kerana kandungan yang merbahaya. Kesemua produk yang dihentikan pengeluarannya itu dikesan mengandungi merkuri.

Tujuh produk yang diharamkan pembuatannya ialan Fjura Face Polish Treatment, Dnars Golden Cream, Glow Glowing N Glowing, Apple Diamond Day Loose, 3rd Series Yanko Fade Out Cream Day Cream, 5th Series Yanko Fade Out Cream Day Cream dan 7th Series Yanko Whitening Cream Day.

senarai produk mengandungi merkuri

Merkuri merupakan bahan yang kerap kali dijumpai di dalam produk kecantikan dimana ianya akan menghalang pembentukan melanin pada kulit seterusnya menyebabkan warna kulit bertambah cerah. Tetapi tahukah anda tentang bahaya merkuri?

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, keracunan merkuri boleh menyebabkan kelemahan otot, koordinasi lemah, rasa kebas pada tangan dan kaki, ruam kulit, rungsing, serta masalah deria.

Berikutan itu, peniaga kosmetik diarah supaya menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk tersebut secara serta-merta mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Bagi mereka yang ingkar, hukuman denda akan dikenakan sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali untuk individu. Untuk syarikat pula, hukuman untuk kesalahan pertama ialah denda sehingga RM50,000 manakala denda sehingga RM100,000 boleh dikenakan bagi kesalahan berikutnya.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia pernah memberitahu tentang bahaya merkuri di dalam Facebook rasmi mereka.

Bayi juga boleh mendapat keracunan raksa melalui mulut sekiranya bayi tersebut menyentuh kulit ibunya yang menggunakan produk kosmetik yang mengandungi merkuri. Bayi yang menyentuh krim itu tadi akan memasukkan jari atau tangannya ke dalam mulut seterusnya menyebabkan merkuri tersebut masuk ke dalam tubuh dan memberi kesan.

Tak faham kenapa sekarang ni makin ramai yang taksub nak dapatkan kulit cerah. Cantik tak semestinya kena berkulit cerah, bukan ke kecantikan setiap manusia tu berbeza-beza?

Sumber: Astro Awani

Comments

comments