7 Tahun Azlan Kena Tipu, Mika Rupanya Anak Ean & Ruhila #takdiryangtertulis

Boleh dikatakan, drama popular arahan Shahrulezad Mohameddin setiap episod menjadi trending di Twitter. Ramai yang panas hati melihat Azlan, Ruhila dan Mak Salmah berkomplot untuk menjatuhkan Juwita.

Malah, siapa sangka, Ean iaitu bekas teman lelaki Ruhila turut memainkan peranan penting apabila dia sebenarnya adalah bapa kandung kepada Mika. Padan muka Azlan kena tipu hidup-hidup!

Terlanjur akibat mabuk

Mengimbau kembali kejadian 7 tahun lalu, Ruhila dan Ean telah terlanjur gara-gara mabuk. Ean berjanji akan setia bersama Ruhila walau apa pun yang terjadi.

Advertisement

Namun, lain pula jadinya apabila Ruhila melihat seorang wanita di dalam bilik tidur bersama Ean. Ean curang?

Nampaknya ramai yang tidak sabar melihat reaksi Azlan apabila mendapat tahu dia sebenarnya adalah pak sanggup. Selama 7 tahun juga dia menjadi ‘alat’ Mak Salmah untuk membalas dendam. Aduhai kesiannya..

SUMBERTwitter

Comments