7 Tips Penjagaan Kasut Kulit Yang Mudah Dijaga

499

Penjagaan kasut kulit dalam diri seorang wanita ataupun lelaki agak sukar untuk mengekalkan kualiti kasut kulit supaya ia kekal cantik seperti mana kali pertama ia dibeli.

Tetapi jika kasut anda tidak dijaga ini akan mencacatkan penampilan diri anda. Jadi disini terdapat beberapa tips untuk anda menjaga kualiti kasut kulit supaya ia kekal cantik.

Harap-harap ia dapat membantu anda dan pasangan yang memang menggunakan kasut kulit ke tempat kerja.

Kilat kasut setiap hari

kilat kasut setiap hari

Kilatkan kasut anda setiap hari dalam 5 hingga 10 minit sahaja. Jika tidak dibersihkan, kotoran tersebut akan mengering hingga menjadi tompokan yang kekal serta merosakkan penampilan anda.

Jangan pakai kasut sama setiap hari

selang seli gunakan kasut setiap hari

Jika anda mampu sediakan dua pasang kasut. Ini untuk anda selang seli menggunakan kasut bukan hanya menggunakan satu kasut dalam satu masa. Ini bagi mengelakkan kulit kasut tidak mengembang serta calar.

Anda juga perlu ingat, walaupun kasut kulit ini kegemaran anda, jika selalu dipakai ia mudah merekah dan warna kasut cepat pudar.

Letakkan ‘Shoe Tree’ apabila kasut tidak digunakan

Bentuknya kekal sama

Alat ini berfungsi untuk mengekalkan serta menjaga kasut anda agar bentuknya kekal serta selesa dipakai. Ia juga mendapatakan kitaran udara yang baik apabila dipakai.

Stoking tak boleh ditinggalkan dalam kasut

penyebab bau busuk

Kaum lelaki adalah orang yang kerap kali buka stoking dan tinggalkan dalam kasut. Itu adalah penyebab untuk kasut anda berbau disebabkan bakteria yang sudah membiak di dalam kasut.

Elak terkena air

kulit basah akan cepatkan rekahan

Semasa musim hujan, anda perlu kurangkan memakai kasut kulit kerana ia sangat sensitif dengan air. Sekali sahaja terkena air, anda perlu keringkan dengan cepat kerana kasut kulit yang basah akan mempercepatkan proses rekahan pada kasut.

Kurangkan kena sinaran matahari

tapak hampir tercabut

Kadangkala semasa anda ingin memakai kasut kulit yang sudah lama disimpan, perasan tak tapak hampir tercabut? Ini kerana jika terlalu lama terdedah ia akan menyebabkan kasut mudah rosak dan tak tahan lama.

Letakkan uncang teh sebagai alternatif lain

singkirkan bau busuk dalam kasut

Nak beli penyegar kasut tak mampu kerana harga agak mahal. Apa kata anda gunakan uncang teh untuk menyingkirkan bau busuk yang ada di dalam kasut.

 

Dah dapat tips yang kami kongsikan, tak payahlah beli kasut selalu bila ia sudah dijaga dalam keadaan yang baik.

 

Sumber: MASKULIN

Comments

comments