7 Warna Cat Dinding Ini Boleh Mempengaruhi Mood Dan Aura Diri Anda

Berdasarkan kajian psikologi, warna dan ruang mempunyai kaitan dalam memberikan kesan kepada mood seharian. Oleh kerana itu, pemilihan warna yang tepat untuk dinding kediaman adalah amat penting. Warna dinding yang menenangkan mampu membuat penghuni rumah tidur lena dan bangun dalam keadaan segar.

Karakter istimewa seseorang itu juga akan menonjol berdasarkan warna dinding yang dipilih. Terdapat tujuh warna cat dinding yang boleh menaikkan aura positif dalam diri seseorang.

1. Kuning

ruang tamu kuning

Warna yang terang seperti kunigg dan oren sebenarnya dapat menaikkan mood seseorang agar lebih ceria dan aktif. Tetapi ramai yang tidak berani mengenakan warna kuning sebagai tema bilik tidur kerana warnanya yang menonjol. Selain itu, warna seperti ini boleh memberi kesan ruang yang luas.

Advertisement

2. Merah

dinding merah

Warna merah sinonim dengan warna romantik. Kajian mendapati warna merah mampu meningkatkan tahap adrenaline. Bermaksud seseorang itu berasa teruja, lebih bersemangat dan membangkitkan selera makan.

Tetapi warna ini kurang sesuai untuk dijadikan tema warna bilik tidur kerana dapat membangkitkan perasaan cemas dalam diri seseorang.

2. Biru

bilik tidur biru

Warna tenang seperti biru dan lilac sering menjadi pilihan warna bilik tidur kerana dapat membantu seseorang tidur dengan lebih lena. Warna seperti ini disebut sebagai warna sejuk yang mampu mengurangkan tekanan darah dan memperlahankan degupan jantung.

Berlawanan dengan warna terang, warna-warna tenang tidak sesuai dikenakan pada ruang berkongsi seperti ruang tamu dan dapur. Warna ini dilihat pasif dan membuatkan seseorang kurang bertenaga.

3. Kelabu / Warna Neutral 

dinding kelabu

Warna-warna bermula daripada putih, beige hingga ke coklat dan kelabu merupakan warna yang selamat dan fleksibel. Warna ini amat mudah disuai padan dengan pelbagai warna lain. Warna ini menjadikan ruang nampak lebih moden dan kemas serta sesuai digunakan untuk semua jenis ruang.

4. Hijau

dapur hijau

Warna hijau mudah serasi bersama warna terang atau warna sejuk. Ruang dapur yang dipadankan dengan warna hijau dapat menciptakan keadaan yang tenang meskipun seharian sibuk di dapur.

Penggunaan warna hijau juga mempunyai kaitan dalam mengurangkan stress. Oleh itu, warna ini juga sesuai dijadikan warna dinding bilik tidur.

5. Merah Jambu

dinding merah jambu

Warna merah jambu sering menjadi pilihan warna bilik tidur kanak-kanak perempuan. Secara psikologinya, warna merah jambu melambangkan perasaan tenang, ceria dan kasih sayang. Selain itu, warna merah jambu juga dapat meredakan perasaan marah dan agresif.

Untuk mengimbangkan warna merah jambu agar tidak keterlaluan, gandingkan bersama perabot berwarna hitam, putih atau kelabu.

6. Ungu

dinding ungu

Warna ungu melambangkan kemewahan. Penggunaan warna ungu yang lebih gelap dapat mencetuskan rasa romantik, misteri dan aura mewah. Warna ini amat sesuai untuk ruang tamu, dapur mahupun pejabat.

7. Warna Gelap

dinding navy blue

Warna gelap sering dikaitkan sebagai warna yang suram. Warna navy blue dapat menimbulkan ruang yang lebih menarik dan dramatik.

Warna hitam kini sering menjadi pilihan masyarakat moden yang ingin menaikkan keunggulan diri, disiplin dan lambang kekuatan. Warna hitam perlu dikombinasikan bersama warna putih agar mewujudkan kestabilan emosi. Pastikan juga pencahayaan berada dalam keadaan baik di ruang yang berwarna gelap.

Sebelum mengecat dinding rumah kediaman anda, pastikan ukuran ruang telah dibuat supaya bancuhan cat mencukupi untuk segenap ruang yang ingin dicat. 

Sumber 

Comments

comments