74 Ribu Rakyat Malaysia Di Facebook Tidak Mahu Projek Menara 5 Billion Diteruskan

1Malaysia reject page facebook

Di saat kami menulis entri ini, sudah 74,274 pengguna Facebook Malaysia “Like” page Facebook 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower. Satu angka yang cukup pantas sebab rasanya Facebook Page ini baru direka tak lebih dari seminggu. Kagum kami dibuatnya.

Anda nak “LIKE” Facebook ini? Itu terpulang kepada anda. Tapi dengar ceritanya admin page ini target 1 juta rakyat Malaysia untuk “LIKE” Facebook 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower. Mungkin semakin ramai yang like maka suara rakyat akan didengari oleh pihak-pihak yang tertentu.

Yang penting kami kagum dengan semangat 1Malaysia yang ditunjukkan dalam page ini. Semua kaum ada. Ternyata Perdana Menteri kita berjaya dalam merevolusikan pemikiran rakyat Malaysia. Good job.

Advertisement

Thanks kepada Sarah yang menghantar info ini.

Comments

comments