8 Lelaki Dikompaun, Berlatih Silat Dalam Rumah

Malam tadi, lapan orang lelaki menjalani latihan silat dikompaun RM1,500 setiap seorang kerana tidak mengikut prosedur operasi standard (PKP) di sebuah rumah di Bandar Utama. Haa, kan dah kena!

Menurut laporan Harian Metro, selepas menerima aduan dari orang awam, sepasukan polis memeriksa kediaman itu pada 12.10 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudi Abdul Hamid berkata yang kelapan-lapan mereka tidak mematuhi SOP yang ditetapkan dalam tempoh PKP 3.0.

Polis mengeluarkan kompaun kepada setiap individu berusia 26 hingga 51 tahun.

Diharapkan kita semua boleh bekerjasama patuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengekang wabak yang tengah melanda ketika ini.

Advertisement

Sumber

Comments