(9 GAMBAR)Dokumentasi 39 Hari Terakhir Seorang Penghidap Kanser

893

Apa yang bakal anda lihat pasti akan meruntun jiwa anda. Seorang jurnalis foto rakyat Malaysia, Ahmad Yusni membuat keputusan untuk mendokumenkan perjuangan adiknya, Mohammad Sani menentang kanser, hanya dalam masa beberapa hari setelah disahkan mengidap kanser sel kuman oleh doktor.

Umur Sani ialah 33 tahun, tetapi kanser itu telah memusnahkan badan Sani dengan cepat. Ini ialah gambar Sani pada tahun 2010.

Setelah didiagnosis mengidap kanser, ia hanya mengambil masa 39 hari untuk memusnahkan badan Sani. Ahmad Yusni berada dengan Sani setiap masa sepanjang Sani menanggung kesakitan.

Morfin juga tidak berjaya mengurangkan kesakitan yang dialami oleh Sani supaya dia dapat tidur. Ahmad Yusni mendokumenkan penderitaan Sani dengan harapan untuk melihat Sani pulih. Bagaimanapun, Sani tidak dapat makan, minum atau tidur sepanjang waktu. Berjaga sepanjang masa amat menyeksakan. photo dying-brother.jpg

 photo dying-brother3.jpg
Lagi enam gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo dying-brother4.jpg
 photo dying-brother6.jpg
 photo dying-brother9.jpg
 photo dying-brother10.jpg
Setelah 39 hari menanggung kesakitan, Sani meninggal dunia pada 28 Disember 2013. Sani tetap bertahan sehingga saat terakhir, dan sempat memberitahu Ahmad Yusni yang dia sayangkan dan berterima kasih kepada abangnya.


 photo dying-brother12.jpg
 photo dying-brother13.jpg
Mohammad Sani dikebumikan di Parit Buntar, tempat di mana ayah mereka juga dikebumikan. Bersama kita doakan agar roh Mohammad Sani dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Laporan asal: Viral Nova

Comments

comments