“Ada Kucing Bawah Kereta” Taktik Baru Penyamun Kereta Di Traffic Light

1222

Zaman sekarang ini kes merompak semakin menjadi-jadi.  Berhati-hatilah ketika berada di mana sekalipun kerana kes samun, merompak boleh berlaku di mana sahaja walaupun anda sedang memandu kereta.

Semalam, terjadi satu kejadian yang diragui oleh seorang pengguna Twitter yang berkongsi kisahnya di traffic light Greenwood menghala ke Seri Gombak.

Dari kisah yang telah dikongsikan @hazertch, beliau telah diganggu semasa menunggu lampu hijau di traffic light ini oleh beberapa orang lelaki yang memandu kereta Mercedes berwarna kelabu dengan mengatakan terdapat anak kucing di bawah kereta beliau dan meminta supaya tidak jalan dan berhenti selepas lampu isyarat sudah bertukar warna hijau.

Pemandu kereta Mercedes turun dari kereta lalu kearahnya untuk  melihat kondisi kereta beliau hingga ke bawah kereta.

Malahan, apa yang beliau perasan semasa melihat cermin sisi, terdapat 2 orang lagi di dalam kereta tersebut. Seorang lagi turun dari kereta menghala ke bonet belakang kereta mereka.

Mereka tetap tidak beri lelaki ini jalan kerana takut melanggar anak kucing, sedangkan mereka baru sahaja berada di belakang kereta.

Lepas tu dia tak bagi aku jalan weh sebab takut aku langgar kucing tu. Kau bayangkan dia eh. Dia baru sampai blkg aku.

Katanya, taktik yang dilakukan adalah modus operandi penculik kereta sekarang dengan mengatakan kepada pemilik kereta terdapat kucing di bawah kereta. Selepas itu mereka masuk ke dalam kereta dan bawa lari.

Beliau berpesan agar semua yang memandu kereta kunci kereta anda dan jangan bercakap dengan individu yang tahan kereta anda secara tiba-tiba di lampu isyarat lagi-lagi sedang merah.

Berhati-hatilah sentiasa diatas jalanraya. Berbagai-bagai cara yang boleh dijadikan modus operandi jenayah pada masa kini.

Comments

comments