Ada ‘Pangkat’ Boleh Masuk Solat? Ini Penjelasan Masjid Putra

vip masuk masjid

Semalam, tular di media sosial video keluhan orang ramai yang dikatakan tidak dapat masuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Walaupun sudah tiba awal, pagar masjid ditutup dan dikawal ketat kakitangan masjid.

Isu mula timbul apabila individu yang baru tiba dengan menaiki kenderaan mewah tiba-tiba dibenarkan masuk. Pagar masjid dibuka untuk memberi laluan kepada beberapa lelaki termasuk pengawal individu tersebut.

Advertisement

Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai dan menganggap hanya orang kenamaan diberi layanan istimewa sedemikian. Sedangkan mereka yang tiba sejak 12.15 tengah hari terpaksa menunggu.

Terbaru, pihak pengurusan Masjid Putra memberi penjelasan lanjut dan memohon maaf sekiranya wujud kekeliruan susulan video tular.

Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan berkata, tindakan yang dibuat berdasarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

masjid putra
Foto: Kosmo! (gambar hiasan)

Jelasnya, apabila kapasiti jemaah sudah cukup pihaknya akan menutup pintu pagar utama masjid menyebabkan jemaah yang hadir kemudian tidak dapat masuk.

“Bagi solat Jumaat, kapasiti jemaah di Masjid Putra telah ditetapkan seramai 300 orang.”

Pengurusan masjid berkata, daripada jumlah itu mereka turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal.

Untuk jumlah kuota jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal, pihak pengurusan turut dimaklumkan jangkaan waktu ketibaan mereka.

Menurutnya, Masjid Putra menerima kehadiran jemaah melebihi kapasiti sejak pukul 11 pagi lagi. Pihak masjid sudah memaklumkan dan menasihati jemaah yang lain dengan baik berkenaan perkara itu.

Mereka walau bagaimanapun akan berusaha sedaya upaya meningkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan semua orang gembira dan berpuas hati.

Untuk sebarang cadangan, orang ramai boleh terus menghubungi pihak Masjid Putra.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERKosmo! Online

Comments