“Ada Yang Print Logo Halal Dari Internet”, Pemilik Restoran Dedahkan Status Halal Palsu Di Korea

903

Sejak kebelakangan ini, ramai yang menjadikan negara Korea Selatan sebagai destinasi pilihan untuk bercuti. Bukan sahaja sebab fenomena K-Pop dan K-Drama tetapi yang bukan peminat pun cukup teruja untuk bercuti di sana.

Kalau bercakap soal makanan, memang tak dinafikan makanan Korea juga antara yang menjadi kegemaran kita semua. Tengok sahaja lambakan restoran makanan Korea yang ada di Malaysia ini. Tapi kalau di Korea, macam mana dengan status halal makanan di sana?

Ramai pelancong ditipu dengan status halal palsu

restoran korea
Kredit: Instagram

Mungkin yang pernah ke Korea akan berkata tak susah untuk mencari makanan halal di sana kerana di mana-mana ada yang menjualnya. Tak kisah lah di restoran ataupun yang dijual di tepi jalan, semuanya dikatakan halal oleh penjualnya.

“Mereka tak pernah menggunakan daging halal dalam sejarah Korea. Tapi mereka cuma print logo halal dari Google image je.”

Menurut pemilik restoran halal di Korea iaitu Busan Jib Myeondong, sebagai individu yang menetap di sana dia sendiri menyaksikan bagaimana pelancong tertipu dengan status makanan halal yang dijual.

Kesalahan itu tidak sepatutnya diletakkan sepenuhnya kepada penjual kerana target mereka hanyalah keuntungan. Sebagai seorang Muslim sendiri, penting untuk kita buat kajian sendiri sebelum membeli.

makanan korea
Gambar hiasan

“Saya pernah nampak perempuan Korea yang kononnya Muslim, menjual sijil halal palsu yang dibuat gunakan photoshop untuk restoran di sebelah kami.”

Tak semestinya kalau penjual itu katakan ianya halal, makanan itu selamat untuk dimakan. Rakyat Korea sendiri bukan semuanya tahu maksud halal yang sebenar. Proses pembuatan makanan pun salah satu faktor juga.

Untuk yang ingin bercuti di sana, kena lebih berhati-hati. Ada juga yang boleh ambil kesempatan bila dah ramai pelancong Muslim yang bercuti di sana. Jangan salahkan penjual kalau kita sendiri tidak ambil berat tentang isu makanan halal ini.

Sumber: Instagram

Comments

comments