Adakah Anda Tahu Apa Rahsia Masak Daging Lembut?

2149

Lagi beberapa hari kita semua bakal menyambut hari raya Aidiladha. Musim raya Haji ini rata-rata dari kita akan memasak daging korban dengan pelbagai menu kegemaran semua.

potong daging untuk raya haji

Sedang enak menikmati sup daging, masak lemak daging, ataupun daging goreng, anda merasakan daging yang dimasak sangat keras dan tidak lembut. Lenguh gigi anda semua nak kunyah daging itu.

daging goreng

Untuk mendapatkan daging yang lembut sebenarnya ada caranya ketika anda memasak. Sebelum raya Haji ini adalah lebih baik untuk anda tahu rahsia memasak daging.

Mari kami kongsikan 7 rahsia untuk lembutkan daging dalam masakan:

Masukkan sudu besi

masukkan sudu besi

Walaupun macam pelik, tapi sebenarnya sudu dapat meningkatkan suhu dalam periuk. Secara tak langsung, daging pun dimasak dengan suhu yang mencukupi. Pastikan sudu bersih dan tak berkarat. Apabila daging dimasak tak liat, perut pun tak sakit.

Betik muda

letakkan betik muda masa rebus

Potong buah betik muda sederhana kecil dan rebus bersama daging. Kalau tak ada buah betik muda, boleh gunakan batang betik. Apa yang anda perlu tahu, buah betik mempunyai enzim yang boleh melembutkan daging.

Cuka

cuka lembutkan daging

Gunakan sedikit cuka makan ke dalam rebusan atau perap bersama daging beberapa jam sebelum dimasak. Sumber asid dikatakan dapat melembutkan struktur daging dengan cepat. Tapi sebelum tu, anda perlu pastikan daging dinyahbeku dengan betul.

Baking soda

baking soda
Selain itu, apa yang anda boleh gunakan baking soda untuk melembutkan daging dengan cepat. Caranya, perapkan daging dengan baking soda sekurang-kurangnya 15 minit. Kemudian, bilas bersih-bersih sebelum dimasak. Pastikan baking soda tak tamat tempoh.

Cara memotong 

cara potong daging

Anda perlu potong daging berlawanan dengan urat daging tersebut. Semasa memasak, pastikan periuk ditutup. Barulah daging akan cepat lembut. Tapi jangan pula lupa untuk basuhkan papan pemotong daging tadi sebelum memotong potong sayur. Dikhuatiri anda akan sakit perut.

Kurma

letak 4-5 biji kurma
Buah kurma atau bijinya adalah antara bahan yang boleh melembutkan daging. Letakkan 4-5 biji buah kurma ke dalam daging yang sedang dimasak dan daging akan melembut dengan cepat. Ia juga akan menjadi pemanis semulajadi yang enak apabila dimasak.

Pressure cooker

Zaman makin moden, guna sahaja pressure cooker nak lembutkan daging. Tak sampai 2 jam daging anda akan lembut. Cukup mudah, tetapi kenahati-hati semasa menggunakan pressure cooker.

Cuba anda kongsikan di bahagian komen resipi daging kegemaran anda semasa menyambut raya Haji.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang

 

Comments

comments