Adakah Angkatan Tentera Malaysia Boleh Menggunakan Kekerasan Dan Menangkap Mereka Yang Degil?

1823
Gambar Hiasan

Kini cukup seminggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di negara kita tetapi masih terdapat segelintir individu yang masih berdegil melanggar perintah tersebut. Ekoran daripada itu, Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  bagi membantu pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Baca: Pasukan Tentera Pantau Perintah Kawalan Pergerakan Bermula Ahad Ini Menteri Pertahanan

Menerusi perkongsian seorang peguam Akmal Shamsul Kahar di laman Facebooknya, beliau telah berkongsi tentang perkara yang boleh dilakukan oleh pasukan ATM bagi menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Bolehkah ATM terlibat dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan?

Gambar Tentera Darat

Sejak keputusan yang dibuat oleh Datuk Seri Ismail tentang penglibatan pihak ATM dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan, banyak persoalan yang timbul tentang perkara itu. Ramai daripada kita tertanya-tanya bukankah tentera hanya boleh melibatkan diri jika Perlembagaan Persekutuan mengisytiharkan darurat saja? Malah, ATM juga ada mengesahkan bahawa Perintah Kawalan tidak akan melibatkan mereka.

Untuk makluman anda selain daripada pasukan PDRM, ATM juga mempunyai tanggungjawab yang sah dari segi undang-undang. Terdapat seksyen khusus dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (seksyen 5), berkenaan mana-mana bantuan dari pegawai agensi kerajaan yang dilantik menguatkuasa perintah di bawah Akta tersebut.

Penglibatan ATM membawa kepada penguatkuasaan yang lebih ketat

Perbarisan Istiadat ATM

Pasukan ATM merupakan satu badan yang ditubuhkan di bawah naungan Kementerian Pertahanan Malaysia, di mana tujuan utamanya adalah untuk memelihara keselamatan negara. Sejak 22 Mac 2020 pasukan ATM dikerah oleh kerajaan, mereka telah mempunyai kuasa penuh dalam menjaga keselamatan negara.

Jika terdapat mana-mana pihak berkelakuan yang boleh mengancam keselamatan negara, pasukan ATM boleh mengambil tindakan yang ‘sewajarnya’ bagi menghalang perkara tersebut dari berlaku, dan kuasa pihak ATM tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak sekali pun.

Di bawah Seksyen 7(1) Peraturan Pencegahan 2020 yang telah disebut di atas, sebarang ketidakpatuhan kepada peraturan tersebut akan dianggap sebagai satu kesalahan. Sekiranya disabit bersalah, anda boleh dikenakan denda sebanyak tidak melebihi RM1,000.00 ataupun penjara selama tidak melebihi enam (6) bulan ataupun kedua-duanya.

Sebelum ini pihak PDRM telah memberi amaran terlebih dahulu kepada pihak yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini, tetapi pihak ATM yang akan terus mengikut prosedur yang telah ditetapkan di bawah seksyen yang disebut di atas dan boleh menjalankan penangkapan dengan serta-merta ke atas pihak-pihak yang tidak mematuhi arahan tersebut.

Jika dicabar ATM boleh gunakan kekerasan

Kelengkapan ATM

Untuk pengetahuan anda, ATM mempunyai standard operating procedure (SOP) yang berbeza berbanding dengan anggota keselamatan negara yang lain, iaitu perkara yang mungkin tidak boleh dilakukan oleh anggota PDRM boleh dilakukan oleh anggota ATM.

Mereka akan menggunakan kekerasan jika rakyat tidak patuh Perintah Kawalan Pergerakan

Gambar Hiasan

Orang ramai yang hendak keluar dari rumah dinasihatkan untuk menyediakan sebarang dokumentasi yang diperlukan sekiranya terdapat sekatan jalanraya yang dijalankan dalam tempoh masa ini. Untuk pengetahuan anda, anggota ATM sangat patuh kepada Dasar Pertahanan Negara di bawah Prinsip Pertahanan, iaitu keselamatan negara telah menjadi keutamaan pada mereka sejak dulu.

Jika situasi menjadi sangat mencabar keselamatan negara, mereka akan menggunakan kekerasan untuk memastikan kesejahteraan negara terus terpelihara.

Sesuai dengan apa yang berlaku kini, sekiranya terdapat segelintir rakyat yang telah disahkan positif penyakit COVID-19 dan hanya mendiamkan diri serta terus membahayakan orang lain, mereka boleh ditangkap di atas kesalahan tidak mematuhi perintah yang telah diwartakan oleh kerajaan sama ada dengan kekerasan ataupun tidak.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk terus patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan Peraturan Pencegahan 2020 yang telah dikeluarkan, dan untuk mengikuti segala prosidur yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan inisiatif kolaborasi mereka dengan pihak swasta untuk membuat pengambilan sampel COVID-19 bagi mereka yang dikenalpasti iaitu Patients Under Investigation (PUI) di rumah, dengan menggunakan pendekatan uberisation of healthcare.

Mereka telah melatih anggota dari pihak swasta dalam cara pengambilan dan pengendalian sampel, bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah bertepatan dan mencapai kualiti yang ditetapkan.

Sama-samalah kita menjayakan Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Baca: Kerajaan Bersedia Untuk Gunakan Khidmat Tentera jika Rakyat Masih Ingkar Pada Arahan

Sumber

Comments

comments