Adakan Majlis Perkahwinan Ketika SPP, Keluarga Ini Dikompaun RM2,000

Masih ada lagi yang berdegil! Semalam, sebuah keluarga dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menganjurkam majlis perkahwinan ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).

Sebuah rumah yang dipercayai mengadakan aktiviti sosial itu kantoi ketika pasukan polis sedang menjalankan operasi pemantauan SOP di kawasan itu.

Semasa pemeriksaan, pasukan polis mendapati terdapat seramai 20 orang di dalam kediaman itu. Disebabkan itu, tuan rumah dan jurugambar masing-masing dikenakan kompaun RM2,000.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, Sikap mereka ini hanya pentingkan diri tanpa menghiraukan situasi terkini. Kedegilan mereka yang tidak patuh SOP menyebabkan usaha bagi menghentikan virus Covid-19 gagal.

Advertisement

Polis tidak akan berkompromi dan sentiasa akan membuat pemantauan dengan mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar.

Sumber

Comments