“Adat Kenduri Arwah Esok Lusa Selepas Kematian Ialah Adat Paling Bodoh Dan Menyusahkan”

1191


Seorang pengguna Twitter menyifatkan adat orang Melayu mengadakan kenduri hari keesokan dan lusa setelah kematian ahli keluarga sebagai adat yang paling bodoh dan menyusahkan.


Ia adalah reaksi bersempena penafian keluarga mangsa pembunuhan rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, bahawa mereka menggantikan kenduri kahwin dengan kenduri arwah.

Ini ialah penerangan beliau:

Adat kenduri arwah esok lusa lepas kematian adat paling bodoh sekali

Kenduri hanya menyusahkan keluarga si mati

Kalau nak kenduri pun, tunggu emosi stabil

Keluarga si mati banyak tanggungjawab lain

Nukilan beliau mendapat reaksi seorang netizen.

“Makcik ambil satu ya?”

Kata-kata ini ada benarnya. Keluarga si mati sedang bersedih dan tidak seharusnya dibebankan dengan tugas menyediakan makanan untuk orang ramai. Sekiranya keluarga si mati tidak dapat menyediakan kenduri, tidak sepatutnya merasa hairan mahupun bertanya-tanya sama ada kenduri arwah dijalankan.

Biarkan mereka berehat dan meluangkan masa berdoa kepada Allah agar perjalanan si mati di alam seterusnya itu dipermudahkan. Itu sebaiknya. – amazingnara.com

Sumber: @qyscha_

Comments

comments