AFF Suzuki: Jumlah Penonton Stadium Lebih Ramai Dari Kehadiran Rasmi 88,000 Orang

63

Malam tadi telah berlangsung perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki antara Malaysia dengan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil. Khabarnya, 80,000 tiket habis dijual, tetapi jumlah sebenar yang hadir jauh berlebihan dari itu, yang menimbulkan persoalan bagaimana mereka yang tidak mempunyai tiket rasmi boleh masuk.


Ada mendakwa, sudah masak dengan situasi tersebut jadi datang seawal jam 3.00 petang untuk mendapat tempat duduk strategik:

Datang awal untuk tempat duduk terbaik

Pemegang tiket grand stand tidak dibenarkan masuk 

Ada juga yang mendakwa terdapat penonton yang masuk ke stadium dengan tiket palsu.

Lebih tiket dicetak secara tidak sah?

Isu keselamatan penonton dipandang remeh?

Kekecohan berlaku apabila penyokong Vietnam tidak dapat tempat duduk

“Pengurusan tiket sambil lewa”

‘Ulat’ benar penonton masuk tanpa tiket

“Memang benar ada diberi masuk secara haram”

Nampaknya perkara ini serius juga. Stadium mempunyai kapasiti dan sekiranya kapasiti berlebihan, mungkin prasarana yang ada boleh rosak dan juga menyukarkan penonton untuk keluar dari stadium jika berlaku kecemasan.

Mungkin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) patut melakukan sesuatu untuk memperbaiki penjualan serta proses validasi tiket. Tiket yang sama kod bar akan menyebabkan tiket individu yang masuk lebih lambat terbatal dan dia tidak perlu dibenarkan masuk.

Apa pun, kita tunggu respon pihak berkaitan mengenai isu ini. – amazingnara.com

Sumber: Ian Johan Ariff, Jimie Cheng

Comments

comments