Afrika Diserang Jutaan Belalang Gurun, Paling Teruk Dalam Tempoh 25 Tahun

belalang afrika

Dalam masa dunia sedang menangani virus dari Wuhan, tahukah anda pada saat ini Afrika Timur sedang bertarung dengan serangan belalang? Berdasarkan laporan, ini adalah serangan yang paling teruk dalam sejarah negara itu sehinggakan ianya dijangka meningkat 500 kali ganda menjelang bulan Jun ini.

Serangan jutaan belalang gurun ini telah mengakibatkan kemusnahan ribuan hektar ladang dan menyebabkan krisis makanan turut berlaku. Setakat ini sahaja, kira-kira hampir 700,000 hektar ladang musnah di Somalia dan menjejaskan sumber pendapatan petani.

Malah ada saksi yang memberitahu jumlah belalang terlalu banyak sehinggakan ia boleh dilihat memenuhi langit sepanjang 60 kilometer.

belalang afrika
Sumber
belalang afrika
Sumber

Pertubuhan Makanan dan Pertanian di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut memberikan amaran serangan ini juga akan memberikan kesan kepada kawasan di Timur Tengah dan juga Asia Selatan.

belalang
Sumber

Usaha untuk mengawal serangan ini dengan racun serangga menjadi mustahil disebabkan beberapa konflik dalaman yang dialami oleh Somalia. Pakar mengatakan perubahan cuaca menjadi faktor utama serangan ini berlaku dan menyebabkan jutaan belalang menyerang kawasan terbabit.

Advertisement

Comments

comments