Agong Pun Boleh Beratur Beli KFC…

Cuba anda semua bayangkan, semasa anda berada dalam KFC tiba-tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli mengunjungi restoran tersebut?

Pasti rakyat Malaysia akan terkejut kerana melihat baginda. Namun, hari ini, keberangkatan baginda di sebuah restoran makanan segera di Temerloh, Pahang mencuri perhatian ramai.

Baginda tanpa rasa kekok beratur bersama pelanggan lain memesan makanan di kaunter. Rakaman foto baginda di restoran makanan segera itu dimuat naik di laman sosial Instagram Istana Negara.

Menurut Harian Metro, Sultan Abdullah yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Salehuddin Ishak serta pegawai pengiring serta memesan Ayam Goreng Kentucky.

Advertisement

Kapsyen yang dimuat naik di Instagram berkenaan itu memaklumkan, baginda menikmati ayam goreng itu sebaik selesai menunaikan solat Jumaat di bandar Temerloh.

 

Keberangkatan baginda ke restoran berkenaan tanpa protokol menarik perhatian pengunjung serta netizen.

Rata-rata netizen mengagumi dan memuji kesederhanaan baginda yang disifatkan sebagai raja berjiwa rakyat.

Sumber: Harian Metro & Instagram

Comments