Agong Bertitah Supaya Rakyat Istiqamah Dan Berdisiplin Patuhi SOP

Agong

Peningkatan jumlah kes covid-19 yang semakin membimbangkan di negara sedikit sebanyak menjejaskan aktiviti harian masyarakat. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan supaya rakyat terus istiqamah dalam menjaga kesihatan diri dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam keadaan negara menghadapi dan mengawal wabak COVID-19.

patuh SOP

Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin selaku Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, berkata Al-Sultan Abdullah juga berpesan rakyat supaya terus kekal tenang, tabah dan cekal dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Proklamasi Darurat demi kepentingan dan keselamatan diri dan juga negara tercinta.

“Sememangnya, dengan pelaksanaan PKP, Seri Paduka Baginda amat memahami cabaran yang dihadapi, khususnya aktiviti ekonomi harian rakyat yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19”.

Advertisement

covid

Seri Paduka Baginda yang genap dua tahun menjadi Ketua Negara juga menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus dalam menghadapi serta memerangi penularan wabak ini.

“Walaupun kerajaan berada dalam situasi yang sukar, kebajikan rakyat tidak akan diabaikan” 

Tema Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini “Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin”, Al-Sultan Abdullah turut merayu rakyat supaya menghayati semangat patriotisme dan cintakan Wilayah Persekutuan dengan sentiasa menanam sikap prihatin yang mendalam termasuk prihatin terhadap keluarga, sahabat dan orang tersayang.

Selari dengan tema sambutan kali ini, Al-Sultan bertitah ia bersesuaian dengan aspirasi Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensinya, mengutamakan kebajikan rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti ekonomi dan kelangsungan hidup masyarakat.

Seri Paduka Baginda bertitah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya juga nadi yang menjana pertumbuhan negara dengan menyumbang sebanyak 13.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu.

Seri Paduka bertitah pertumbuhan ekonomi negara akan bermakna apabila rakyat mempunyai pendapatan yang mencukupi, kediaman yang selesa, pendidikan yang sempurna, kesihatan yang baik, alam sekitar yang lestari dan keselamatan yang sentiasa terpelihara.

“Semoga Allah SWT terus memberkati pemerintahan Tuanku – Daulat Tuanku – menjunjung kasih”.

sumber

SUMBERBerita Harian

Comments